Disaksikan hanya sebanyak 65 kali di dunia, Jacinta Shackleton menyelam dan berenang bersama ikan pari spesies ‘Ornate Eagle Ray’ selama 10 minit, satu pengalaman bertuah paling indah buat seumur hidup.

Isi dalam lautan itu sungguh mengagumkan kerana pada bulan Mac yang lalu, seorang ahli biologi marin dari Australia, Jacinta Shackleton menemui ikan pari dengan spesies paling jarang ditemui ‘Ornate Eagle Ray’ ketika menyelam di perairan berdekatan Pulau Lady Elliot di Great Barrier Reef, Australia.

YouTube /Paparan Skrin

Jacinta berkata dia sangat gembira dan bertuah kerana telah terserempak dengan spesies unik ‘Ornate Eagle Ray’ atau Aetomylaeus vespertilio dan berpeluang berenang bersamanya selama 10 minit yang mengagumkan, sambil menyatakan rasa terpesona melihat keindahan makhluk laut itu. 

Dua minggu kemudian, Jacinta menemui seekor ikan pari spesies jarang ditemui itu lagi ketika menyelam, maka kali ini dia akhirnya berpeluang untuk mengambil gambar dan rakaman yang luar biasa itu dikongsi bersama dengan semua pencinta spesies lautan melalui laman Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jacinta | Ocean | Reef (@jacintashackleton) on

jacintashackleton/Instagram

Jacinta mengatakan bahawa dia sangat teruja ketika pertama kali bertemu dengan ikan pari itu pada pagi bulan Mac, kerana itu adalah pengalaman menakjubkan yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Tetapi tidak sangka dua minggu kemudian, ketika menyelam lagi, dia menemui seekor ikan pari yang jarang ditemui itu dengan kesempatan membuat satu rakaman video pendek dan mengambil gambar identiti.

Menurut Jacinta, makhluk laut unik itu dengan jolokon ‘unicorn of the sea’ melebarkan sayapnya sepanjang 4 meter dan ia sangat menakjubkan.

YouTube /Paparan Skrin

Ornate Eagle Ray merupakan spesies terancam serta jarang ditemui dan ia hanya pernah dilapor disaksikan sebanyak 65 kali di seluruh dunia. Populasi ikan ‘Ornate Eagle Ray’ mula menyusut sejak penampakan pertamanya pada tahun 1850-an, ekoran tangkapan ikan secara komersial,” terang Jacinta.

Maka, penangkapan ikan secara komersial adalah penyebab utama menurunnya bilangan spesies ikan ini yang dahulu banyak terdapat di Lautan Hindi dan Pasifik sehingga kini spesies ‘Ornate Eagle Ray’ tersenarai dalam senarai merah IUCN (International Union for Conservation of Nature).

“Corak di belakang setiap ikan pari ‘Ornate Eagle Ray’ adalah berbeza-beza di permukaan punggung, maka kita dapat membezakan kelainan corak setiap satu antaranya, tetapi secara keseluruhan masih banyak yang kita tidak tahu mengenai spesies ini,” tambah Jacinta.

YouTube /Paparan Skrin

Sebagai ahli biologi marin, Jacinta Shackleton telah melihat banyak keajaiban di dalam lautan yang belum pernah dilihat oleh orang kebiasaan.

Dia pernah menemui ikan yu harimau, melihat seekor ikan yu hammerhead mengejar anak ikan pari helang, melihat seekor ikan lumba-lumba menyusukan serta bertembung dengan anak ikan paus humpback betul-betul di hadapannya, sebelum berenang ke arah ibunya.

YouTube /Paparan Skrin

“Saya dikira sangat beruntung kerana berjaya menemui dan memiliki semua pengalaman ini,” kata Jacinta.

@divecompare/Twitter

Jacinta menyarankan agar lebih ramai orang dapat menyelam di Great Barrier Reef untuk menghargai daya tarikan unik dunia laut serta mengalami sendiri rasa keajaiban ketika berada di alam itu.

Tonton rakaman video di bawah:

YouTube

YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular