Pernahkah anda kehilangan haiwan peliharaan yang anda sayangi, lebih-lebih lagi haiwan yang mati ekoran mahu melindungi anda sekeluarga daripada ancaman bahaya?

Walau hanya haiwan namun mereka sanggup mengorbankan nyawa buat insan kesayangannya. Anjing misalnya merupakan antara haiwan yang setia pada tuannya dan berani hingga sanggup melakukan apa sahaja bahkan mengorbankan dirinya demi memastikan tahap keselamatan dan tuannya tidak diapa-apakan.

Itulah yang dilakukan oleh seekor anjing bernama Moana ini, di mana Moana dianggap sebagai hero setelah cuba membunuh seekor ular tedung yang mencerobohi kawasan rumah tuannya.

Jego Macs/Facebook

Pada waktu itu, tuannya Jego Macs sedang menonton televisyen dan mendengar anjingnya itu menyalak. Jeco melihat Moana sedang mengigit sesuatu di bawah tangga rumah mereka dan alangkah terkejutnya Jeco apabila ia adalah seekor ular tedung!

Jego kemudian segera membunuh ular tersebut dan berasa lega bahawa keluarganya tidak diapa-apakan ekoran kewaspadaan Moana. Dia pada ketika itu langsung tidak mengetahui bahawa Moana sebenarnya telah dipatuk.

Jego Macs/Facebook

“Moana, saya sayang kamu! Kamu sememangnya hero, kamu selamatkan nyawa saya dan semua keluarga ini! Jadi, sayangilah anjing kamu semua kerana mereka bijak dan mampu menyelamatkan nyawa kamu”.

“Mereka bahkan sanggup merisikokan nyawa sendiri kerana mereka menyayangi kita lebih daripada menyayangi diri sendiri”, tulis Jego di laman sosialnya yang turut disertakan dengan foto Moana bersama ular yang sudah mati itu.

Namun tidak lama kemudian, Jego kemudian berkongi kenyataan di laman sosial bahawa anjing kesayangannya itu telah mati hanya beberapa minit kemudian. Kegembiraannya serta merta bertukar tragedi.

Jego Macs/Facebook

Jego menjelaskan bahawa Moana tidak dibawa segera untuk mendapatkan rawatan ekoran mereka tidak mengetahui bahawa Moana telah dipatuk. Mereka juga pada ketika itu tidak mempunyai kenderaan.

Tambahan pula bisa ular tedung agak cepat juga kesannya membuatkan Moana mati dalam tempoh yang singkat. Jego juga menafikan bahawa mereka tidak mempedulikan Moana dan sememangnya berasa sedih ekoran kematiannya yang sudah dianggap seperti keluarga.

Jego Macs/Facebook

Berehatlah Moana.. Terima kasih kerana telah memberi khidmat bakti sehingga sanggup mengorbankan nyawa sendiri demi keluarga tersayang. Moana sentiasa akan diingat sebagai hero yang melindungi keluarganya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular