Lagi ramai, lagilah meriah, bukan? Itulah prinsip yang menjadi pegangan seorang lelaki yang menetap di kawasan pedalaman Timur Laut India, Ziona Chana yang berusia 66 tahun ini.

Ziona buat masa ini difahamkan telah memiliki 39 orang isteri, 94 orang anak dan 33 orang cucu dan tidak mempunyai masalah untuk menambah lagi bilangan itu untuk mengembangkan lagi keluarga besarnya.

Kesemua mereka difahamkan menetap di sebuah kampung yang terletak di Mizoram iaitu kawasan yang berkongsi sempadan antara Myanmar dan Bangladesh. “Saya mengahwini 10 orang wanita dalam masa setahun”, katanya.

Telegraph UK

Isteri-isterinya difahamkan berkongsi tinggal di sebuah dorm berdekatan dengan bilik tidur Ziona dan mengikut sumber daripada penduduk tempatan, lelaki itu gemar bersama 7-8 orang isterinya pada satu-satu masa.

Isteri dan anak-anaknya bersama anak masing-masing pula tinggal di beberapa bilik di bangunan yang sama namun kesemuanya berkongsi dapur yang sama.

Para isteri difahamkan akan bergilir-gilir memasak manakala anak-anak gadisnya pula ditugaskan untuk membersihkan rumah dan mencuci pakaian.

Telegraph UK

Buat anak lelakinya pula, mereka diberi tanggungjawab untuk bekerja di luar seperti bercucuk tanam dan menternak haiwan untuk bekalan makanan mereka sekeluarga.

Keluarga besar yang berjumlah 167 orang itu memerlukan kira-kira 91 kilogram beras dan 59 kilogram kentang untuk sehari. Semuanya didapati menerusi tanaman mereka sendiri namun kadang kala diberi sumbangan daripada para pengikut.

Ziona mengetuai kumpulan agama Kristian tempatan bergelar Chana, di mana poligami dibenarkan. Mazhab yang diasaskan pada Jun 1942 itu percaya bahawa mereka akan memerintah dunia dengan ajaran Kristus dan sehingga kini memiliki keahlian sekitar 400 buah keluarga.

NBC News

“Bahkan pada ketika ini, saya bersedia untuk mengembangkan lagi keluarga saya dan mahu berkahwin lagi. Saya mempunyai ramai tanggungan namun saya anggap diri ini sangat bertuah”, tambah Ziona lagi.

Ziona pertama kali bertemu dengan isteri pertamanya ketika dia berusia 17 tahun. Isterinya pula tiga tahun lebih tua daripadanya dan tidak lama kemudian, Ziona berkahwin pula dengan wanita lain.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh GLOBAL INSPIRASI

Video Popular