Rejim China mengumumkan kluster baharu wabak virus PKC di Wuhan pada 11 Mei, yang merupakan petunjuk rasmi pertama mengenai penularan virus sedang teruk berlaku di pusat utama wabak itu bermula sejak pihak berkuasa menghentikan langkah-langkah perintah berkurung pada awal April.

Warga tempatan melaporkan bahawa wabak virus PKC di Wuhan sekarang lebih teruk daripada bagaimana pihak berkuasa menggambarkannya.

Seorang ibu juga mula mengemukakan petisyen kepada pihak berkuasa, dengan harapan dapat menuntut keadilan di atas kematian anak perempuannya akibat virus tersebut.

STR/AFP via Getty Images

Virus PKC (Parti Komunis China), yang dahulu dikenali sebagai novel coronavirus, pertama kali merebak di bandar Wuhan, ibu kota Wilayah Hubei pada akhir tahun 2019.

Oleh kerana pihak berkuasa tidak telus melaporkan data jangkitan virus, sukar untuk mengetahui skala sebenar penularan wabak itu di Wuhan.

Tetapi pada 11 Mei, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengumumkan 10 kes diagnostik domestik baharu di negara itu, dengan lima daripadanya di Wuhan, dan lain-lain di wilayah timur laut China.

Kompaun kediaman.

Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan menerbitkan perincian mengenai lima kes baharu tersebut. Mereka semua didiagnosis pada 10 Mei, dan tinggal di perkarangan kejiranan Sanmin di daerah Dongxihu, Wuhan.

Sebelum ini, seorang lelaki berusia 89 tahun bernama Gao yang tinggal di kejiranan itu didiagnos dengan Virus PKC pada 9 Mei.

Pesakit baru adalah isteri Gao berusia 81 tahun, Li 46 tahun, Chen 29 tahun, dan sepasang suami isteri, Zhang 76 tahun dan Yuan 72 tahun.

Chen mula mengalami gejala pada 2 Mei dan diuji positif pada 5 Mei. Tetapi dia hanya didiagnos pada 10 Mei setelah gejalanya semakin teruk.

Zhang merasa tidak selesa pada 5 Mei dan mengunjungi hospital tempatan. Dia diuji positif pada 6 Mei, dan akhirnya didiagnos memiliki virus itu pada 10 Mei.

Pada 10 Mei, daerah Dongxihu ditingkatkan dari wilayah berisiko ‘rendah’ menjadi ‘sederhana’ untuk penyebaran virus PKC.

Pada 11 Mei, Zhang Yuxin, Ketua Parti daerah Dongxihu, dipecat dari jawatannya, dihukum kerana gagal membendung dan memutuskan rantaian penularan kluster baharu tersebut. Sementara itu, perkarangan kejiranan Sanmin ditempatkan dalam status perintah berkurung.

Media kelolaan kerajaan China, Hongxing News melaporkan pada 11 Mei bahawa perkarangan kediaman Sanmin terletak di kawasan kejiranan lama, dengan lebih daripada 4,900 orang dalam 1,943 isi rumah tinggal di sana. Kira-kira separuh daripadanya adalah pendatang dari bandar lain.

Sejak 10 Mei, penduduk yang memasuki atau meninggalkan perkarangan kejiranan itu mesti diperiksa suhu badan dan mereka perlu mengimbas kod kesihatan melalui telefon pintar masing-masing.

Hongxing News melaporkan bahawa semua penduduk terpaksa menjalani ujian asid nukleik dan kemungkinan kawasan tersebut akan ditutup sepenuhnya dengan penduduk tidak dibenarkan memasuki atau meninggalkan kawasan tersebut sama sekali.

Kevin Frayer via Getty Images

Pusat kuarantin.

Pada 10 Mei, penduduk Wuhan menyiarkan rakaman di beberapa platform media sosial menunjukkan lebih daripada sepuluh orang yang mengenakan pakaian pelindung, topeng dan perisai muka, meletakkan penghadang di bahagian belakang kenderaan. 

Orang yang mengambil video itu mengatakan bahawa kakitangan dengan pakaian pelindung memindahkan kira-kira 20 orang dari pusat kuarantin ke dalam tiga ambulans yang diubah suai daripada trak.

Melalui video tersebut, kebanyakan pesakit yang dipindahkan kelihatan seperti warga tua. Ada yang duduk di atas kerusi roda. Video itu juga merakam perbualan orang. Mereka berkata, “Inilah Lavande Hotel ( yang diubah menjadi pusat kuarantin) di kawasan kejiranan Liuduqiao … Sebaiknya kita memakai topeng muka kita dengan betul (untuk melindungi diri kita).”

Liuduqiao berada di daerah Jianghan, kira-kira 16 kilometer sebelah timur dari kawasan kediaman Sanmin.

Penduduk Wuhan juga menyiarkan di aplikasi WeChat bahawa terdapat kluster baharu di dalam kawasan perumahan daerah Qiaokou pada 6 Mei. Tetapi kesemua post itu telah dipadamkan.

Menuntut keadilan kematian anak perempuan.

Sementara itu, seorang ibu berusia 50 tahun, Yang Min berharap dapat menuntut keadilan untuk anak perempuannya, Tian Yuxi, 24 tahun yang meninggal dunia kerana virus PKC.

Tian Yuxi dijangkiti virus PKC setelah dia mengunjungi Hospital Wuhan Union pada 16 Januari, dan meninggal dunia akibat virus tersebut pada 6 Februari.

“Sekiranya kita tahu virus itu dapat menular antara manusia ke manusia pada ketika itu, kita tidak akan pergi ke hospital, dan anak perempuan saya mungkin tidak meninggal dunia,” kata Yang kepada The Epoch Times dalam satu temu ramah telefon.

Pihak berkuasa China tidak secara terbuka mengesahkan penularan jangkitan manusia ke manusia sehingga pada 20 Januari.

Yang Min mengatakan sijil kematian yang dikeluarkan oleh Hospital Jinyintan menunjukkan bahawa anak perempuannya meninggal dunia kerana COVID-19, penyakit yang disebabkan oleh virus PKC.

“Saya ingin bertanya kepada pemerintah bandar Wuhan, mengapa tidak memberitahu kami virus itu dapat menular di kalangan manusia ketika mereka sudah tahu,” kata Yang.

The Epoch Times memperolehi pemberitahuan dari pemerintah dalaman yang menunjukkan bahawa pihak berkuasa China mengetahui potensi virus itu menular beberapa minggu sebelum mengakuinya di khalayak ramai.

Setelah anak perempuannya meninggal dunia, Yang Min cuba mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa melalui saluran rasmi, tetapi dia tidak menerima tindak balas.

“Semalam adalah Hari Ibu. Anak saya sudah meninggal dunia. Siapa saya yang menjadi ibu kepada siapa sekarang?” tangis Yang.

Pada pagi 11 Mei, Yang Min memprotes di jalanan dengan memegang dua sepanduk, di mana dia menulis kisah kematian anak perempuannya dan rayuannya menuntut keadilan daripada pihak berkuasa. 

STR/AFP via Getty Images

Semasa Yang sedang berjalan, dua anggota polis muncul dan merampas papan sepanduk itu. Kemudian dia dibawa pergi dan ditahan oleh empat orang lelaki. Mereka membebaskannya beberapa jam kemudian.

“Empat lelaki berpakaian hitam membawa saya ke sebuah bilik di satu tempat tidak diketahui… Saya bertanya identiti mereka, tetapi mereka enggan menunjukkan kepada saya,” kata Yang.

Yang percaya bahawa keempat-empat lelaki itu diupah oleh pihak berkuasa tempatan untuk menakut-nakutkannya agar menghentikan protesnya itu.

“Saya tidak akan berhenti. Saya akan meneruskan bantahan sehingga saya mendapat keadilan untuk anak perempuan saya,” kata Yang.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular