Hampir dua bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di seluruh negara bermula 18 Mac lalu. Sepanjang tempoh ini juga, terdapat banyak perkara yang berlaku.

Antaranya resipi kopi dalgona yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia pada suatu tempoh, kaum lelaki memakai baju kelawar isteri, cubaan memasak yang tidak menjadi dan sebagainya.

Terbaru, tular satu insiden yang memaparkan barangan di sebuah kedai dalam pusat membeli belah dipenuhi kulat!

Twitter

Nampaknya bukan sahaja barangan yang berkulat, tetapi panggung wayang juga mengalami hal yang sama! Baru-baru ini, tular beberapa gambar tempat duduk wayang dipenuhi dengan kulat yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Chong Andy.

Gambar yang tular itu menunjukkan kerusi panggung wayang yang berwarna merah dan ungu tetapi tidak dapat dipastikan di mana lokasi gambar itu diambil.

Chong Andy/Facebook

Menurut laporan SAYS, beberapa syarikat panggung wayang di Malaysia telah memberikan keterangan masing-masing dan menafikan bahawa gambar yang sedang menular di media sosial itu merupakan gambar di panggung wayang milik mereka.

Berikut merupakan jawapan daripada Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas.

Chong Andy/Facebook

Menurut pihak GSC, gambar yang tular itu bukan gambar panggung wayang GSC. Malah, pihak GSC juga mendakwa bahawa sejak hari pertama PKP dilaksanakan, mereka tidak pernah membiarkan panggung wayang mereka tidak diuruskan.

Selang sehari, alat penghawa dingin akan dihidupkan bagi membolehkan pengaliran udara selain melakukan pemeriksaan kulat dan kulapuk di semua panggung dan tempat duduk.

Chong Andy/Facebook

Sementara itu, wakil jurucakap TGV Cinemas pula memaklumkan bahawa pihaknya telah menjalankan pemeriksaan mendalam dan mengesahkan bahawa gambar-gambar itu tidak mewakili mana-mana panggung wayang milik TGV.

Chong Andy/Facebook

“Piawaian keselamatan yang komprehensif akan dilaksanakan di semua lokasi selepas tempoh penutupan memandangkan keselamatan dan kesihatan pelanggan serta pekerja adalah keutamaan kami. Maklumat lanjut berkenaan piawaian keselamatan yang komprehensif ini akan dimuat naik di saluran digital kami dalam masa terdekat”.

Buat masa ini, beberapa syarikat seperti MBO Cinemas, Lotus Five Star Cinemas dan mmCineplexes masih belum memberikan kenyataan balas berhubung dakwaan tempat duduk wayang berkulat itu.

Diharap pihak berwajib akan segera menjalankan proses pembersihan dan sanitasi premis bagi menjamin keselamatan pengguna di masa hadapan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular