Gigi yang sempurna merupakan dambaan buat semua insan, bukan? Barisan gigi yang cantik merupakan satu aset yang bernilai dan ia sudah pasti melengkap senyuman buat seseorang.

Menyedari hakikat itu maka gigi sudah pasti perlu dijaga sebaiknya dari kecil lagi.

Baru-baru ini seorang doktor berkongsi satu persoalan yang diajukan oleh seorang ibu berkenaan dengan keadaan gigi anaknya yang mengalami karies gigi susu.

Menurut portal MyHealth, karies gigi ini boleh dialami oleh semua peringkat umur, daripada mereka yang masih kecil dan juga orang dewasa sebenarnya.

Azila Mohd Kasim/Facebook

Menurut soalan ibu tadi, dia menceritakan bahawa dia pernah membawa anaknya mendapatkan pemeriksaan gigi dan doktor di sana tidak mengesyorkan rawatan sapuan florida buat masa ini namun gigi anaknya sudah berubah.

Oleh itu, doktor tersebut, Azila Mohd Kasim memberi cadangan agar gigi kanak-kanak itu ditampal jika anak wanita tersebut sopan dan patuh akan arahan doktor namun jika budak itu jenis melawan, ianya tidak boleh dilakukan.

Azila Mohd Kasim/Facebook

Tambahnya lagi, pembersihan gigi anak ketika gigi mereka yang pertama tumbuh adalah penting walaupun dengan hanya menggunakan tuala agar keadaan seperti ini tidak berlaku.

Gambar Hiasan/Health Hub

Selain itu, gunakan ubat gigi berflorida, di mana letakkan secalit nipis buat anak berumur kurang 3 tahun. Untuk anak berumur 2-5 tahun pula, memadai dengan meletakkan hanya sebesar kacang pis. Gosok selama 2 minit untuk 2 kali sehari ya.

Antara lain, elakkan membiar anak anda tidur dengan mulutnya menghisap botol susu, begitu juga susu badan.

Jangan juga berkongsi sudu atau garpu atau merasa makanan sebelum menyuap kepada anak-anak.

Gambar Hiasan/WebMD

Elak mencampurkan gula ke dalam bancuhan susu. Sentiasa pantau tahap pengambilan gula dan kekerapan pengambilan makanan ringan anak masing-masing.

Bawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan gigi meskipun usianya masih lagi kecil. Pastikan pemeriksaan gigi dilakukan sebelum anak berumur 1 tahun.

Dapatkan rawatan segera jika anak mengalami sakit atau bengkak pada gigi atau gusi.

Gambar Hiasan/HappiDoc

Sapuan florida juga boleh dilakukan pada gigi anak yang sudah berubah. Anda boleh mendapatkan sapuan florida tersebut di klinik-klinik pergigian berdekatan bagi mencegah karies gigi ini.

Jika tidak ditangani, penyakit ini dapat menyebabkan kesakitan, penanggalan gigi, infeksi, pelbagai penyakit berbahaya dan bahkan kematian. Apa yang penting, sentiasa jaga kebersihan mulut dan gigi ya!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular