Nampak gayanya ramailah para perantau yang beraya di kota sahaja ekoran tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung dek kerana penangan COVID-19. Mungkin masa yang terluang ini membolehkan kita membuat sendiri kuih raya, bukan?

Mendapat perkongsian sebanyak 209,000 kali, resipi biskut ala Famous Amos yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Baizura Muhammad ini nampaknya sungguh mudah dan sedap!

Baizura Muhammad/Facebook

Antara bahan yang diperlukan :

  • 250 gram mentega
  • 1 ¼ cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Sebiji telur
  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak masak
  • 2 cawan cip coklat
  • Badam yang dicincang *ikut citarasa

Caranya :

1) Satukan mentega, gula perang, esen vanila dan telur. Kacau perlahan-lahan hingga sebati. Menurut Baizura, tidak perlu gunakan mesin pengadun. Cukup sekadar gunakan spatula atau senduk.

Baizura Muhammad/Facebook

2) Kemudian masukkan pula tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat, serbuk penaik dan minyak masak lalu kacau sehingga semuanya sebati

Baizura Muhammad/Facebook

3) Setelah sebati, masukkan pula cip coklat. Kacau lagi perlahan-lahan.

Baizura Muhammad/Facebook

4) Kemudian bolehlah masukkan badam yang telah dicincang jika suka. Gaulkan lagi adunan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit. 

Sebelum itu, panaskan ketuhar pada suhu 150ᵒC buat seketika. Gunakan api atas bawah ya.

Baizura Muhammad/Facebook

5) Setelah adunan dikeluarkan, ambil sedikit adunan dan gumpalkan sedikit seperti di dalam gambar kemudian susunkan pada dulang pembakar. Bakar selama 20 minit.

Siap untuk dihidangkan!

Baizura Muhammad/Facebook

Mudah, bukan? Bolehlah ajak anak-anak untuk turut sama membantu. Tambah Baizura lagi, adunan tersebut boleh memuatkan lebih kurang 4 bekas. Banyak juga, bolehlah diberikan kepada jiran tetangga nanti.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular