Rasa macam tidak percaya pula bahawa kita semua berjaya mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dilaksanakan sejak 18 Mac yang lalu, di mana segala pergerakan kita dikawal selama lebih dua bulan.

Namun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan baru-baru ini ternyata memberi kelonggaran dan memperlihatkan orang ramai mula kembali bekerja semula setelah lama berada di rumah.

Kebanyakan pejabat, kedai, kilang dan pusat beli belah juga turut beroperasi seperti sedia kala dengan panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat. Untuk tempoh dua bulan, macam-macam boleh berubah, bukan?

Gambar hiasan/Harian Metro

Seorang lelaki di Facebook baru-baru ini berkongsi beberapa keping foto mengejutkan, di mana ia menunjukkan perubahan terhadap produk kulit yang dijual di sebuah pusat beli belah yang terletak di Sabah.

Tidak beroperasi selama lebih dua bulan, produk-produk kulit seperti kasut, beg, tali pinggang bahkan kerusi untuk menunggu kelihatan ditumbuhi dengan kulat dan kulapuk. Antara barangan yang terjejas :

#1 Dompet tidak terkecuali

Nex Nezeum/Facebook

#2 Teruk juga kulat ni..

Nex Nezeum/Facebook

#3 Pada tali pinggang

Nex Nezeum/Facebook

#4 Ianya tumbuh dalam kuantiti yang banyak

Nex Nezeum/Facebook

#5 Di kerusi pun!

Nex Nezeum/Facebook

#6 Habis semuanya

Nex Nezeum/Facebook

#7 Tumbuh secara bertompok-tompok

Nex Nezeum/Facebook

#8 Lihatlah..

Nex Nezeum/Facebook

#9 Bag dengan harga RM679 turut ditumbuhi kulat

Nex Nezeum/Facebook

#10 Sama juga dengan kasut berjenama

Nex Nezeum/Facebook

Ruginya, banyak sungguh produk yang terjejas dan mungkin tidak dapat dijual! Sungguhpun begitu, tiada maklumat jelas yang dapat menerangkan sebab di sebalik pertumbuhan kulat pada produk-produk kulit di pusat beli belah berkenaan.

Namun demikian, banyak spekulasi yang mengatakan bahawa faktor kelembapan yang berkumpul di udara ekoran penutupan penyaman udara di pusat beli belah tersebut dalam tempoh lebih dua bulan berkemungkinan besar menjadi puncanya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular