PUTRAJAYA- Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah mengatakan bahawa kerajaan tidak membenarkan kedai gunting rambut dibuka kerana terdapat kumpulan yang terkena jangkitan selepas memotong rambut. Kejadian seperti itu telah berlaku di beberapa negara seperti di Jepun dan Amerika Syarikat. Terdapat laporan di mana pelanggan dan pendandan rambut dikatakan telah dijangkiti dengan Virus Parti Komunis China (COVID-19).

Gambar Hiasan | Pexel-Delbeautybox

Menurut Dr Hisham lagi, pihaknya akan melakukan pengawasan terperinci sebelum cadangan untuk membenarkan kedai gunting rambut dibuka semula. Tambahnya lagi. kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 4 Mei lalu dan Kementerian Kesihatan akan memantau perkembangan wabak tersebut sama ada akan berlakunya peningkatan kes selama dua minggu ini.

“Sebelum kita membuka semula pekerjaan di lebih banyak daerah, termasuk kedai gunting rambut, kita harus melakukan penyelidikan dan pengawasan terperinci dan kita juga akan membuat cadangan secepat mungkin.”

Selain itu, beliau juga ada menyentuh mengenai kebersihan di tandas awam. Beliau menasihati orang ramai supaya tidak menggunakan tandas awam yang tidak bersih kerana tandas yang kotor akan menimbulkan risiko terhadap jangkitan virus. Orang ramai harus bekerjasama untuk memastikan bahawa menjaga kebersihan dalam usaha untuk mencegah penyebaran wabak.

Gambar Hiasan | Pexel – Luis Quintero

Beliau juga mengatakan bahawa walaupun Kementerian Kesihatan bersedia untuk berhadapan dengan situasi buruk namun pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati.

“Kita harus meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan awam. Kesihatan awam adalah tanggungjawab semua orang, bukan hanya tanggungjawab Kementerian Kesihatan atau kerajaan. Sekiranya kita bersatu, menerapkan budaya baru, meningkatkan kebersihan, menjaga jarak sosial, dan lain-lain, kita dapat wabak jangkitan radang paru-paru.”

Sebagai tambahan, sebagai tindak balas kepada hujah bahawa tempoh kuarantin di pusat pengasingan adalah berbeza, beliau menjelaskan bahawa jika seseorang di pusat pengasingan didiagnosis dengan radang paru-paru, tempoh pengasingan bagi orang lain juga akan diperpanjang selama 14 hari.

Sebagai contoh, jika seseorang didiagnosis pada hari ke-7 kuarantin, tempoh kuarantin bagi orang yang lain akan dilanjutkan selama 14 hari. Hal ini kerana Kementerian Kesihatan mengklasifikasikan mereka sebagai kontak rapat.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular