Ramai orang terus membahaskan tahap IQ dan EQ seseorang, sambil melihat beberapa faktor yang mempengaruhi kecerdasan minda.

Para saintis telah menemui bahawa penampilan dan tingkah laku manusia sebenarnya berkait rapat dengan kebijaksaan atau kepintaran seseorang.

12 sifat di bawah menunjukkan sifat kelahiran seseorang untuk menjadi pintar, cuba lihat sama ada anda tergolong dalam kalangan mereka yang pintar.

#1. Berbanding hidup bersosial, anda lebih suka bersendirian.

Peekme

Ahli psikologi Satoshi Kanazawa dan Norman Li melakukan kajian untuk menganalisis hubungan antara kesejahteraan subjektif individu, kepadatan penduduk, IQ dan frekuensi sosial.

Akhirnya, saintis ini mendapati bahawa individu yang mempunyai IQ tinggi suka bersendirian, dengan terlalu banyak aktiviti sosial menjadikan kehidupan mereka tidak bahagia.

#2. Semasa kecil, anda suka membaca.

Peekme

Lebih cepat anda membaca, semakin pintar anda. Saintis British Stuart J.Richer, Timothy C.Bates dan Robert Plomin percaya bahawa tabiat membaca menjadikan kanak-kanak lebih pintar.

Secara amnya, semakin cepat anda mengenali perkataan, semakin cepat anda mula membaca, dan semakin banyak buku yang anda baca, semakin secara semula jadi anda mengasah kepintaran.

Sifat ini berlaku bagi mereka yang suka membaca secara meluas, bukan hanya kepada jenis-jenis buku tertentu.

#3. Anda adalah anak sulung dalam keluarga.

Peekme

Kajian dari Universiti Edinburgh mendapati bahawa anak lelaki sulung atau anak perempuan sulung dalam keluarga biasanya mempunyai IQ yang lebih tinggi daripada adik-beradik mereka.

Ini tiada kaitan dengan faktor genetik, tetapi kerana ia lebih banyak dirangsang secara psikologi pada peringkat awal didikan dan asuhan terhadap kanak-kanak ini.

Ibu bapa biasanya memberi perhatian yang lebih kepada janin pertama mereka.

#4. Anda tinggi.

Peekme

Penyelidikan dari Universiti Princeton mendapati  bahawa individu yang mempunyai ketinggian yang lebih daripada biasa cenderung mempunyai IQ lebih tinggi dan mampu menjana lebih banyak wang ketika dewasa.

Ini dapat dilihat semasa kanak-kanak, mereka yang berumur 3 tahun lebih tinggi menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam pelbagai ujian berbanding kanak-kanak yang lebih pendek pada usia yang sama.

#5. Semasa kecil, anda mengikuti kelas muzik dan berbakat.

Peekme

Penyelidikan Pakar Psikologi Glenn Schellenberg mendapati bahawa kanak-kanak yang berkeras untuk belajar dua kursus muzik yang berbeza seperti kursus piano, vokal serta instrumen lain selama 9 bulan mempunyai IQ yang lebih tinggi daripada mereka yang hanya belajar kursus drama atau kurang berminat dalam muzik.

#6. Anda sihat dan mengekalkan berat badan ideal.

Peekme

Kajian 2006 mendapati bahawa terdapat hubungan yang kuat antara berat badan dan kemampuan kognitif.

Individu yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai IQ yang rendah.

Saintis Perancis melakukan ujian kecerdasan selama 5 tahun ke atas 2,200 orang dewasa, dan mendapati bahawa mereka yang menambah berat badan telah mengurangkan kemampuan kognitif mereka dengan lebih cepat.

#7. Anda tidak suka sukan.

Peekme

Saintis Amerika Syarikat Todd McElroy dan David L.Dickinson mendapati bahawa individu pintar lebih rela menghabiskan masa memikirkan masalah daripada melakukan senaman tambahan yang mana orang kurang pintar cenderung berasa bosan lalu bertindak melakukan lebih banyak aktiviti fizikal.

#8. Mata anda berwarna biru.

Peekme

Joanna Rowe, seorang penyelidik dari Universiti Louisville di Amerika Syarikat, mengatakan bahawa ramai individu pintar yang cemerlang memiliki mata berwarna biru, seperti Stephen Hawking dan Bill Gates.

Orang yang mempunyai mata coklat lebih fokus dan membuat pertimbangan yang rasional, manakala orang yang mempunyai mata hitam bertindak balas dengan lebih pantas.

#9. Anda sangat peka dan sensitif terhadap bunyi.

Peekme

Lantai yang retak, suara orang memakan kerepek kentang, bahkan pernafasan berat orang lain dapat membuat individu dengan IQ tinggi berasa terganggu dan mudah marah.

Kajian dari Universiti Helsinki mendapati bahawa mereka yang dapat menyelesaikan masalah dengan cara inovatif tidak dapat mengabai atau mempedulikan kebisingan dalam persekitaran.

#10. Jari manis lebih panjang daripada jari hantu.

Peekme

Seorang doktor Norway, Karl Pinsk percaya bahawa mereka yang mempunyai jari manis panjang lebih baik dalam menyelesaikan masalah matematik.

Tetapi masalah bahasa mungkin menjadi cabaran bagi mereka.

Penyelidik Universiti Cambridge John Coates meninjau 44 peniaga di London dan mendapati bahawa peniaga dengan jari manis lebih panjang menghasilkan lebih banyak wang daripada mereka yang memiliki panjang jari yang biasa.

#11. Anda sering berasa bimbang.

Peekme

Ahli psikologi Tsachi Ein-Dor dan Organ-Tal dari Pusat Penyelidikan Inter-Disiplin Isreal mendapati bahawa individu pintar lebih cenderung kepada pesimisme.

Kerana orang pintar sering berfikir dan menganalisis beberapa keadaan yang tidak menyenangkan agar keadaan menjadi lebih baik ketika menghadapi kemungkinan krisis atau kesulitan dalam hidup.

Ini memberi tekanan kepada mereka lalu membuat mereka menjadi pesimis atau mudah kecewa dan bimbang.

#12. Anda sering mengeluarkan kata-kata kesat.

Peekme

Ramai yang selalu mengandaikan bahawa orang yang mempunyai tahap pendidikan rendah lebih cenderung untuk mengeluarkan kata-kata kesat atau suka mencarut, tetapi penyelidikan mendapati bahawa individu yang sering menyumpah atau mencarut mempunyai IQ yang lebih tinggi kerana mereka mempunyai lebih banyak kosa kata dan dapat berbicara lebih banyak perkataan dalam jangka waktu singkat.

Adakah anda selalu meragui kepintaran sendiri dan menganggap diri tidak berbakat dengan hanya dapat menunjukkan prestasi terbaik sekiranya kerja keras? Bertenang sahaja kerana anda mungkin seorang yang pintar sekiranya memiliki salah satu atau kesemua sifat di atas.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular