Berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia pada masa ini, kebanyakan negara telah memutuskan untuk melaksanakan perintah kuarantin kepada semua penduduknya.

Dan antara negara yang turut mengimplementasikan perintah kuarantin adalah Amerika Syarikat.

David Vinson/Facebook

Pelaksanaan perintah ini melibatkan semua perkara termasuklah semua aktiviti di sekolah. Disebabkan itu, seorang pengetua di Sekolah Tinggi Wylie, Virdie Montgomery, telah memutuskan untuk melawat seramai 612 orang pelajarnya yang telah bergraduasi pada tahun 2020 yang tidak dapat meraikannya dalam majlis yang gilang-gemilang.

Verdie Montgomery/Facebook

“Saya berasa teruja kerana dapat melaksanakan misi ini. Ada kalanya saya meragui bahawa ini adalah idea yang baik tetapi apabila melihat anak-anak ini yang meyakinkan saya dan memberi motivasi kepada saya setiap hari bersama dengan sokongan, dorongan dan kehebatan navigasi isteri saya,” tulis Virdie dalam kirimannya di laman Facebook.

Menurut Virdie, dia mengambil masa selama 79 jam, 12 hari dan kira-kira 1,287 kilometer dalam misinya melawat seramai 612 orang pelajarnya dengan 636 alamat. Hebat!

Verdie Montgomery/Facebook

Dalam kiriman di laman Facebooknya yang kelihatan sangat riang, Virdie turut menyatakan bahawa misi ini adalah sesuatu yang perlu dilakukannya. “Saya tidak dapat menerangkan perasaan saya yang telah melakukan perkara ini dan melihat anak-anak ini di persekitaran semula jadi mereka. Saya minta maaf kerana saya terlepas begitu banyak (pelajar) kerana masa (yang tidak mencukupi). Saya berterima kasih kepada mereka yang menyokong anak-anak ini dan menyampaikan mesej itu,” tambahnya lagi.

Verdie Montgomery/Facebook

Disamping itu, Virdie turut menyatakan bahawa misinya ini berjaya kerana bantuan daripada aplikasi navigasi yang telah membantunya memandu ke “beberapa kawasan yang tidak mungkin diduduki” dan Virdie begitu banyak belajar dalam misinya ini.

Verdie Montgomery/Facebook

Selain kiriman di laman Facebook, Virdie juga mengambil masa untuk menghasilkan video yang menunjukkan paparan kesemua gambar swafoto yang dirakam ketika dia melawat semua pelajar yang dikasihinya.

Memang luar biasa semangat keguruan dalam diri Virdie!

Verdie Montgomery/Facebook

Verdie Montgomery/Facebook

Ternyata, kiriman Virdie di laman Facebooknya telah mengundang banyak komen dari warganet yang berasa terharu dan berterima kasih kepadanya.

“Kamu adalah manusia yang hebat! Terima kasih kerana telah menyayangi anak-anak kami dengan cara kamu! Dan terima kasih kepada petunjuk arah kamu juga. Kamu adalah sebuah berkat kepada Sekolah Tinggi Wylie!”

Verdie Montgomery/Facebook

“Dedikasi dan kasih sayang kamu buat anak-anak kami terserlah setiap hari! Anak-anak ini sangat bertuah kerana mempunyai kamu sebagai pengetua mereka! Kami sangat berterima kasih kepada Pam! Terima kasih kerana telah berkongsi lelaki ini dengan kami!”

Verdie Montgomery/Facebook

“Kami semua sangat bertuah kerana memiliki kamu sebagai pengetua Sekolah Tinggi Wylie. Terima kasih untuk semua yang telah kamu lakukan!”

Verdie Montgomery/Facebook

“Seorang rakan di Wylie berkongsi perkara ini dengan saya, saya bukan ibu bapa pelajar di Wylie. Kiriman dan gambar ini telah menjadikan pagi saya. Kamu adalah permata sejati bagi para pelajar di sekolah kamu, tetapi dengan melihat gambar, saya tidak begitu pasti siapa yang lebih bernasib baik, kamu atau mereka. Kasih sayang terpancar di wajah kamu (baiklah mungkin di mata kamu kerana saya tidak dapat melihat senyuman kamu) dan wajah mereka. Saya tidak pernah melihat begitu ramai pelajar yang gembira begini.”

Verdie Montgomery/Facebook

Virdie Montgomery/YouTube

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman di laman Facebook Virdie telah mendapat sebanyak 567 reaksi, 95 perkongsian dan 75 komen manakala video berdurasi 6:47 di laman YouTube miliknya pula telah mendapat sebanyak 18,088 tontonan.

Hebat! Bukan senang untuk kita temui permata sebegini! 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular