Seorang lelaki yang juga bapa kepada bayi berusia dua bulan di Shanghai dilaporkan telah mereka pod khas yang lengkap dengan sistem pembersihan udara yang berupaya melindungi bayinya daripada wabak COVID-19.

SCMP News/Twitter

Pemuda berusia 30 tahun berkenaan, Cao Junjie telah mengubah suai beg membawa kucing kepada satu pod yang tertutup, di mana kualiti udara dan kadar kepekatan karbon dioksida di dalamnya dapat dipantau.

SCMP News/Twitter

“Oleh kerana epidemik ini, saya telah menghabiskan masa selama sebulan untuk menghasilkan pod keselamatan bayi ini untuk anak saya. Ia dapat menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuknya”.

Cao mendedahkan bahawa idea itu datang ekoran memikirkan tentang sistem ketahanan tubuh bayi yang masih lagi rendah memandangkan faktor usia bayi yang masih muda serta pemakaian topeng muka pula kurang sesuai.

SCMP News/Twitter

Selain daripada itu, Cao turut mendedahkan bahawa dirinya mendapat inspirasi menghasilkan pod bayi tersebut menerusi permainan video, ‘Death Stranding’. Inovasi Cao telah mencetuskan minat ramai orang.

Elite Readers

Isteri Cao, Fang Lulu pula berkata bahawa dia secara jujurnya tidak berapa pasti akan keselesaan bayinya ketika diletakkan di dalam pod berkenaan.

SCMP News/Twitter

“Saya rasa pod bayi yang dihasilkannya (Cao) adalah selamat. Kami telah mencubanya beberapa kali, jadi saya berasa lega”, kata Fang.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular