Adakah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini, dengan peraturannya yang diberi kelonggaran akan dilanjutkan, atau kerajaan memutuskan untuk menamatkannya?

Bagi mendapatkan jawapan untuk soalan ini, semuanya bergantung kepada beberapa faktor, demikian dijelaskan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

Menurut Dr Noor Hisham Abdullah dalam Sidang Media Harian COVID-19 pada 7 Mei, keputusan untuk melanjutkan atau menamatkan tempoh PKPB adalah berdasarkan kepada trend kes positif baharu yang dilihat pada 8 dan 9 Mei, dan juga kadar kebolehjangkitan COVID-19 yang direkodkan di Malaysia.

“Pemantauan fasa PKPB adalah sehingga 12 Mei. Tetapi pada 8 atau 9 Mei, Kementerian Kesihatan akan melihat satu trend ketika itu, sebelum menasihati Perdana Menteri untuk tindakan sewajarnya yang perlu diambil,” kata Dr Noor Hisham.

“Sama ada PKPB akan berakhir pada 12 Mei atau dilanjutkan, akan bergantung pada beberapa faktor. Ini merangkumi jumlah kes COVID-19 harian yang dicatat di dalam negeri, dan kadar kebolehjangkitan yang setakat ini merekodkan 1,584 kes,” jelasnya.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook / Gambar Hiasan

Dr Noor Hisham juga berkata dalam sidang media itu, Malaysia belum lagi merancang untuk melaksanakan ‘exit strategy’ dalam mengawal penularan pandemik COVID-19, walaupun trend semasa kes-kes baharu telah dikurangkan kepada dua angka yang konsisten.

“KKM akan terus memantau trend perkembangan COVID-19 termasuk kluster baharu sehingga PKPB berakhir pada 12 Mei. Pemantauan perlu dilakukan kerana wujud kluster baharu seperti kluster tapak pembinaan dan kluster pengawal keselamatan,” katanya.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

Terbaru, kluster baharu membabitkan pengawal keselamatan sebuah pusat membeli-belah di Cheras telah dikesan pada 7 Mei dan kluster pekerja kilang di Pedas yang diumumkan pada 8 Mei.

KKM berkata kluster baharu yang sudah dikenal pasti telah pun menjalani ujian saringan serta dikuarantin dan diberi rawatan lanjut.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular