Memandangkan banyak masa berada di rumah bersama keluarga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sudah pasti ramai para ibu di luar sana yang menyinggah ke laman YouTube untuk mengikuti video masakan.

Proses masakan bukanlah sesuatu tugas yang mudah buat sesetengah individu dan menonton video masakan ternyata banyak membantu memudahkan cara dan proses memasak buat para ibu di luar sana, bukan?

Sugu Pavithra/YouTube

Mungkin anda boleh tonton video yang dikongsi oleh seorang ibu, Sugu Pavithra yang kini kian popular di laman YouTube apabila salurannya telah menerima lebih daripada 119,000 orang subscriber.

Sugu Pavithra/YouTube

Walaupun hanya baru sahaja memulakan karier sebagai youtuber pada 29 Januari lalu, Sugu telah menjadi pilihan para pengguna YouTube di luar sana ekoran resipi dan cara masakan yang mudah selain penerangan yang jelas.

Sugu Pavithra/YouTube

Tambahan pula, Sugu amat fasih berbahasa Malaysia membuatkan ramai penonton memujinya. Kemahiran dan gaya penerangan Sugu ketika memasak pula tidak ubah seperti hos rancangan memasak.

Sugu Pavithra/YouTube

Bermula dengan hanya 100 orang subscriber dan 300 tontonan sahaja pada mulanya namun setelah tiga bulan, Sugu telah mempunyai sebanyak 70 video masakan dan lebih ramai subscriber selain telah menerima hampir 5 juta tontonan!

Sugu Pavithra/YouTube

Sugu turut berkongsi kehidupannya bersama suami dan anak-anaknya yang sangat menikmati semua hidangan yang dimasaknya. Anda yang berminat, boleh saksikan laman YouTube-nya di sini

Maybe you're interested :

Share

Video Popular