Pandemik COVID-19 yang melanda negara pada ketika ini menyaksikan pekerja barisan hadapan khasnya petugas perubatan bekerja keras siang dan malam untuk memastikan keadaan sentiasa terkawal.

Ternyata besar pengorbanan mereka ini pada negara dan kita semua. Tidak terhenti di situ sahaja, pada 5 Mei lalu menerusi satu video, seorang petugas perubatan dilihat memimpin warga emas yang perlu menjalani ujian saringan.

Franke Yap/Facebook

Pada video pertama, kedengaran suara yang memberitahu bahawa sesiapa yang bekerja dan menetap di sekitar Pasar Pudu telah diarahkan oleh pihak berkuasa kesihatan untuk menjalani ujian saringan COVID-19.

Rakaman tersebut sebenarnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Franke Yap di mana golongan berusia dilihat berbaris dan bergerak menuju ke booth kesihatan bagi menjalani ujian saringan.

Franke Yap/Facebook

Memandangkan mereka yang terlibat merupakan golongan berusia, sudah pasti pergerakan mereka agak lambat dan ada juga individu yang mengalami sedikit kesukaran untuk berjalan.

Franke Yap/Facebook

Berasa tanggungjawab untuk membantu, seorang petugas kesihatan yang lengkap dengan sut perlindungan diri (PPE) kemudiannya tampil lalu memimpin individu berkenaan menuju ke booth saringan.

Franke Yap/Facebook

Bukan itu sahaja. Menurut laporan Malay Mail sebelum ini, terdapat juga petugas perubatan yang mengangkat seorang wanita tua di belakang badannya ekoran wanita itu yang bertongkat dan sukar untuk berjalan.

Franke Yap/Facebook

Difahamkan bahawa operasi saringan itu telah menyaring lebih daripada 500 orang pekerja asing di sekitar pasar basah berkenaan yang turut dibenarkan untuk beroperasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Franke Yap/Facebook

Seorang pegawai kesihatan memberitahu bahawa ia merupakan pemeriksaan pencegahan COVID-19 bagi memastikan zon pasar berkenaan adalah selamat. Terima kasih buat petugas kesihatan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas budi baik anda semua!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular