Nuget ayam merupakan salah satu makanan kegemaran ramai tanpa mengira usia. Tidak kira tua mahupun muda, nuget menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang enak, isi ayam yang padat selain ianya mudah untuk disediakan. Cuma beli di kedai dan goreng sendiri di rumah!

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @kiingkiri on

Menyebut tentang nuget, pasti ramai yang memuji keenakan McNugget daripada McDonald’s yang tiada tandingannya. Cubalah sebanyak mana pun produk nuget yang ada dijual di pasaran, keenakan rasanya pasti tidak boleh mengalahkan kelazatan McNugget yang tersendiri. Tetapi tahukah anda bahawa selain daripada membeli McNugget di cawangan restoran McDonald’s, anda juga boleh mendapatkan produk nuget sejuk beku ini di pasaran!

Twitter

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah berkongsi pengalamannya menikmati nuget sejuk beku daripada jenama First Pride. Menurut netizen tersebut, rasa nuget First Pride ini persis seperti rasa McNugget. Lebih menguntungkan lagi, produk ini begitu mudah didapati di pasaraya dan dijual pada harga yang sangat berpatutan.

Tesco Online

Dikatakan produk nuget keluaran First Pride iaitu Nuget Tempura Ayam memiliki rasa yang hampir sama dengan nuget yang dijual di McDonald’s! Ada juga segelintir individu yang mendakwa produk Nuget Tempura Ayam Pedas juga memiliki kelazatan yang sama bagi mereka yang sukakan nuget pedas.

Macam mana nuget First Pride ini boleh memiliki rasa yang sama seperti McNugget ya? Sebenarnya, produk keluaran First Pride dikilangkan oleh MacFood Services Sdn Bhd di mana McDonald’s Malaysia merupakan pembekal utama bagi produk proteinnya seperti daging, ayam dan juga ikan. Selain Malaysia, MacFood turut memasarkan produknya ke luar negara seperti negara Timur Tengah, Singapura, Indonesia, Jepun, Hong Kong dan lain-lain.

Bagi anda yang teringin untuk mencuba keenakan nuget daripada First Pride, anda boleh mendapatkannya di beberapa pasaraya seperti AEON, Tesco, Giant dan juga 99 Speedmart. Lepas anda mencubanya, apa kata anda kongsikan pandangan anda di ruang komen. Selamat menjamu selera!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular