Adele sememangnya terkenal dengan bakat nyanyian dan vokal yang hebat, justeru lagu-lagunya sering keli meniti di bibir-bibir orang ramai khasnya anak muda pada masa kini.

Penyanyi hebat yang dilahirkan di London, England berkenaan sememangnya dikenali dengan saiz tubuhnya yang besar sebelum ini namun baru-baru ini, Adele nampaknya telah mengejutkan semua.

Adele/Facebook

Sempena ulang tahun kelahiran penyanyi itu yang ke-32 pada 5 Mei lalu, Adele difahamkan telah memuat naik foto dirinya di laman Instagram dan ia ternyata mengejutkan banyak pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adele (@adele) on

@adele/Instagram

Tubuhnya begitu langsing! Menurut laporan The Sun, Adele berjaya menurunkan berat badan setelah mengamalkan The Sirtfood Diet, di mana seseorang itu digalakkan memakan kangkung dan gandum kuda (buckwheat).

Disamping itu, diet ini juga membolehkan individu untuk makan coklat gelap dan minum wain merah ekoran kandungan sirtuin yang tinggi. Adele juga difahamkan telah mengamalkan senaman ‘pilates’.

Secara ringkasnya, pilates merupakan sistem latihan menggunakan alatan khas yang direka untuk meningkatkan kekuatan fizikal, fleksibiliti dan postur tubuh selain meningkatkan kesedaran mental.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adele (@adele) on

@adele/Instagram

Menerusi laman Instagramnya, Adele berterima kasih kepada semua di atas ucapan sempena ulangtahun kelahirannya. “Terima kasih untuk cinta pada hari lahir saya ini. Saya harap anda semua kekal selamat di saat sukar ini”.

Beliau juga turut berterima kasih kepada semua pekerja barisan hadapan yang memastikan keselamatan semua di samping sanggup mempertaruhkan nyawa. “You are truly our angels ♥ 2020 okay bye thanks x”, tulisnya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular