Umumnya, anggota bomba memikul satu tanggungjawab yang berat kepada masyarakat dalam menyediakan perkhidmatan terhadap nyawa, harta benda dan alam sekitar menggunakan sumber secara berkesan.

Mereka ini bukan sahaja memadamkan kebakaran, meredah banjir untuk menyelamatkan orang awam, bantu mengeluarkan mangsa kemalangan, bahkan mereka turut membantu menangkap haiwan liar di kawasan penempatan manusia.

Pada 1 Mei lalu, seorang pengguna YouTube ada memuat naik satu rakaman video yang menunjukkan usaha anggota bomba dalam menghalau seekor khinzir liar yang berkeliaran di kawasan perumahan semasa bulan Ramadhan.

Kejadian berkenaan difahamkan berlaku di Johor, di mana ia melibatkan pasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Muar. Ternyata tugas menghalau khinzir ini bukanlah sesuatu yang mudah ya.

Rakaman video berdurasi 12 minit itu sudah cukup membuktikan betapa sukarnya misi berkenaan kerana ianya agak memakan masa. Mana tidaknya, walaupun terdapat beberapa orang anggota bomba, khinzir terbabit masih tidak berjaya ditangkap.

“Nakal la dia (khinzir)”, kata seorang anggota ketika operasi tersebut. Menurut sumber, anggota bomba berkenaan sebenarnya ditugaskan untuk menghalau khinzir tersebut namun mereka memutuskan untuk cuba menangkapnya.

Penat mereka ini berkejar-kejaran

Iqbal HasnolTV/YouTube

“Kami mahu menangkap binatang itu tanpa mencederakannya dengan menggunakan alat seperti tali dan tiang penangkap”, kata anggota bomba berusia 27 tahun berkenaan. Selepas setengah jam, khinzir itu berjaya melarikan diri.

Haiwan tersebut berjaya melarikan diri dan kembali ke habitat asalnya tanpa sebarang kecederaan. “Kami mendapati terdapat satu lubang yang membolehkan haiwan tersebut memasuki perkarangan rumah orang awam”.

Melompat pula khinzir ni..

Iqbal HasnolTV/YouTube

Sehingga kini, video tersebut di laman YouTube telah ditonton sebanyak 458,139 kali dan rata-rata pengguna berasa amat terhibur dengan aksi kejar mengejar khinzir tersebut serta sempat meninggalkan komen-komen di bawah :

Iqbal HasnolTV/YouTube

Iqbal HasnolTV/YouTube

Iqbal HasnolTV/YouTube

Iqbal HasnolTV/YouTube

Sungguhpun ia agak menghiburkan namun setiap bakti mereka kepada isi masyarakat haruslah sentiasa disanjung. Walaupun bulan puasa, mereka tetap melaksanakan tugas mereka sebaik mungkin. Mereka sememangnya hebat, bukan?

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP HIBURAN

Video Popular