Selepas tiga bulan menguatkuasakan perintah berkurung akibat mengekang penularan pandemik virus PKC (COVID-19), Vietnam akhirnya telah berjaya menarik balik sekatan itu dan kini kehidupan mulai kembali kepada ‘normal yang baharu’ buat warganya. 

Ini termasuk membenarkan sekolah membuka pintunya untuk menyambut kembali kedatangan para pelajar mereka bermula 4 Mei.

YouTube/Paparan Skrin

Menurut laporan CNN, majoriti 22 juta pelajar di negara itu telah kembali ke kelas mereka setelah kerajaan mengumumkan penutupan semua sekolah dan institusi pendidikan akibat koronavirus telah ditarik balik. 

Laporan itu turut menyebut bahawa sebahagian besar sekolah telah melakukan pengubahsuaian dengan ‘meja yang disusun semula sementara terdapat sekolah yang lain harus mempertimbangkan untuk membahagikan kelas menjadi lebih kecil.’

Cabaran masa kini untuk semua sekolah ialah bagaimana mengekalkan peraturan serta langkah-langkah menjaga kebersihan dan penjarakan sosial.

YouTube/Paparan Skrin

Seperti yang telah dijangka oleh kebanyakan pihak, sekolah-sekolah mengalami kesulitan menjaga jarak 1 meter seperti yang disarankan oleh kerajaan di kalangan pelajar dan guru, disamping berusaha mengatasi ‘kekurangan guru dan kelas’, demikian laporan itu memetik.

Ini adalah normal baharu di Vietnam.

YouTube/Paparan Skrin

Dalam sesetengah kes, sekolah terpaksa mengubah jadual kelas dan kehadiran pelajar mereka sementara yang lain memanfaatkan sumber yang ada seperti pembelajaran dalam talian dan video.

Guru dan pelajar juga diwajibkan memakai topeng muka dan menggunakan ‘hand sanitizer’ serta mengambil suhu badan. Di beberapa sekolah, perisai muka anti-titisan juga dilihat dipakai oleh para pelajar.

Facebook/Paparan Skrin

Pelajar Sekolah Rendah Nhi Dong dalam beberapa gambar dilihat memakai alat pelindung muka tersebut, walaupun Pengetua Le Thanh Hung menjelaskan, “Terserah kepada pelajar untuk memakai perisai muka atau tidak.”

Vietnam melaporkan 271 kes positif virus PKC (COVID-19) yang disahkan dengan tiada kematian dicatatkan setakat ini.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global. 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular