Fenomena bulan purnama gergasi ataupun ‘Super Flower Moon’ terakhir pada tahun ini dijangka akan muncul pada hari ini (7 Mei) pada jam 7.18 malam (waktu Malaysia).

Kemunculan bulan purnama sepenuhnya itu merupakan fenomena Supermoon kali keempat dan terakhir untuk tahun ini setelah ia bermula pada Mac lalu.

Pihak National Aeronautics and Space Administration (NASA) mengeluarkan kenyataan bahawa fenomena ini akan dapat dilihat bermula hari Selasa hinggalah Jumaat (8 Mei).

Paparan Skrin/Astro Awani

Istilah ‘Supermoon’ berasal daripada seorang pakar astrologi, Richard Nolle pada tahun 1979, di mana ia merujuk kepada bulan baru atau bulan purnama yang tercipta pada 90% perigee.

Atau dalam erti kata yang lebih ringkas, ia merujuk kepada titik kedudukan antara Bumi dengan orbit tertentu. Ia berlaku apabila bulan mendekati Bumi pada jarak sekitar 360,000 kilometer menjadikan ianya kelihatan lebih besar dan terang daripada kebiasaan.

Supermoon ataupun bulan purnama gergasi memiliki pelbagai nama-nama lain misalnya Bulan ‘Corn Planting Moon’ (Bulan Tanam Jagung) dan juga ‘Milk Moon’ (Bulan Susu).

Paparan Skrin/CNN

Menariknya, Super Flower Moon ini turut dikenali sebagai Bulan Festival Wesak bersempena dengan kelahiran Gautama Buddha selain bermulanya musim bunga yang subur.

Terdahulu pada Mac lalu, masyarakat dunia telah menyaksikan kemunculan Supermoon Worm’s Moon dan kemudian diikuti pula dengan Pink Moon pada bulan April.

Walau bagaimanapun, Super Flower Moon kali ini pula akan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih terang berbanding dengan Worm’s Moon dan Pink Moon sebelum ini.

Kemunculan Supermoon seterusnya pula dijangka pada 27 April dan juga 26 Mei tahun 2021.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular