Seorang profesor dari Universiti Pittsburgh, Pennsylvania, yang hampir membuat ‘penemuan signifikan’ berkaitan virus PKC (COVID-19), ditemui mati ditembak pada Sabtu, 2 Mei.

Kenyataan Jabatan Polis Ross menyebut Bing Liu, 37 tahun, ditemui di rumahnya pada Sabtu dengan kesan tembakan di kepala, leher, badan dan kaki.

Penyiasat turut menemui mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti di dalam sebuah kereta di luar rumah Liu, dan dipercayai lelaki itu menembak dan membunuh Liu sebelum membunuh diri.

Unsplash/Gambar Hiasan

“Siasatan awal menunjukkan kedua-dua mereka saling mengenali, tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan ia satu jenayah kebencian,” kata jurucakap polis, Detektif Brian Kohlhepp.

Bing Liu, yang memperoleh ijazah kedoktoran dari Universiti Nasional Singapura, pernah bertugas sebagai penyelidik di Universiti Carnegie Mellon, Pennsylvania, sebelum memulakan tugas di Fakulti Perubatan, Universiti Pittsburgh.

Pihak universiti menzahirkan rasa sedih dengan kematian tragis Bing Liu, yang disifatkan sebagai seorang penyelidik yang berdedikasi dan disenangi ramai.

Facebook / Paparan Skrin

“Liu hampir membuat penemuan yang sangat penting untuk memahami mekanisme selular yang mendasari jangkitan SARS-CoV-2 dan asas selular dari komplikasi tersebut,” kata universiti tersebut menerusi satu kenyataan.

Universiti itu juga memaklumkan anggota fakulti kini dalam usaha untuk menyelesaikan kajian Liu sebagai satu penghormatan kepadanya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular