KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan mengenai persetujuan pihak bank untuk tidak mengenakan sebarang caj tambahan ke atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli konvensional dan syariah.

Berita RTM/Facebook

Pada 30 April lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan untuk mengenakan caj tambahan berupa kadar faedah terakru serta yuran dan penalti lewat bayar terhadap Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap.

Terbaru, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa kementeriannya telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan berhubung perkara itu susulan saranan kerajaan kepada industri perbankan mengenai pelupusan caj tambahan berkenaan.

“Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Syariah) sepanjang tempoh pembiayaan itu. Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan),” katanya.

Berita Harian

Jelas Tengku Zafrul lagi, pemansuhan caj tambahan itu membolehkan peminjam untuk menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma perjanjian dengan bank masing-masing.

Hal ini turut merangkumi lanjutan tempoh pinjaman selama enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika pelanggan memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa pihak kerajaan amat berharap keputusan itu akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh mencabar yang dihadapi oleh semua pihak pada ketika ini.

Peminjam yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai moratorium boleh menghubungi bank masing-masing.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular