Sudah menjadi lumrah manusia untuk berwangi-wangian setiap masa. Selepas mandi, kita akan menggunakan deodoran, menyembur minyak wangi dan sebagainya sebagai pelengkap kepada persiapan kita.

Untuk bayi dan kanak-kanak pula, kita biasanya akan menyapu bedak talkum pada wajah mereka setiap kali selepas mandi. Seolah-olah memakai bedak itu menjadi satu petanda bahawa bayi itu sudah mandi dan wangi.

Tetapi tahukah anda bahawa perbuatan ini sebenarnya boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan anak anda?

Gambar Hiasan/The Asian Parent

Ya, jika anda seringkali meletakkan bedak talkum pada muka anak anda, tolong hentikan tabiat ini dengan segera! Hal ini kerana, terdapat banyak kes melibatkan bayi yang meninggal dunia gara-gara mengalami kesesakan nafas akibat terhidu debu bedak talkum. Lebih mengejutkan lagi, kes seperti ini sudah dilaporkan berlaku sejak awal tahun 1960-an lagi!

Menurut American Academy of Paediatric, partikel bedak talkum yang halus ini sangat berbahaya kerana ianya mudah memasuki saluran pernafasan anak-anak sehingga ke paru-paru. Kesannya, anak akan mengalami beberapa simptom seperti batuk, sesak nafas dan ada juga yang membawa kepada masalah lebih serius seperti jangkitan paru-paru.

Hanya sedikit sahaja kesan debu daripada bedak talkum sudah boleh menjejaskan saluran pernafasan bayi yang masih kecil. Risiko ini adalah lebih berbahaya khususnya terhadap mereka yang mempunyai sistem pernafasan sensitif seperti bayi pramatang, penghidap sakit jantung dan juga mereka yang mengalami masalah pernafasan sejak lahir.

Gambar Hiasan/Scientific American

Selain menyapu bedak di muka, ada juga segelintir ibu bapa yang meletakkan bedak ini pada badan, punggung dan juga alat sulit bayi. Perbuatan ini juga boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan anak-anak.

Hal ini kerana bedak bayi mengandungi sejenis mineral yang di dalamnya mengandungi silika magnesium yang sudah terhidrasi iaitu talc. Apabila partikel mineral dari talc ini ditaburkan pada permukaan badan, ada yang mengewap dan ada yang terserap. Bahagian yang terserap itu adalah berbahaya hingga boleh meningkatkan risiko penyakit. Antaranya:

#1 Pneumonia

Partikel bedak talkum yang masuk ke dalam paru-paru bayi akan terkumpul dan lama-kelamaan menjadi pneumonia atau radang paru-paru.

#2 Kanser ovari

Menurut kajian American Academy of Pediatrics, menyapu bedak pada kawasan kemaluan bayi secara kerap berkemungkinan besar akan meningkatkan risiko terkena kanser ovari. Talc pada asalnya mengandungi asbestos yang mempunyai perkaitan dengan kanser pundi kencing serta kanser paru-paru.

Justeru, International Agency in Research of Cancer telah mengklasifikasikan talc yang mengandungi asbestos sebagai karsinogenik (penyebab kanser) sekiranya kerap digunakan pada kemaluan wanita.

#3 Jangkitan bakteria

Gambar Hiasan/Donna

Menyapu bedak talkum di kemaluan khususnya bagi bayi perempuan akan mendedahkan mereka kepada jangkitan bakteria. Hal ini kerana debu dari taburan bedak mampu sampai ke organ genital yang lebih dalam dari kawasan kemaluan.

Bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang kerana produk bedak talkum pada hari ini tidak lagi mengandungi asbestos.

Malah, terdapat juga beberapa syarikat pengeluar bedak telah menghasilkan produk bedak ini dengan menggunakan bahan utama iaitu serbuk daripada tepung jagung.

Walau bagaimanapun, kita semua masih perlu berwaspada dan tidak menggunakan bedak talkum kepada anak kecil.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular