Selepas bekerja keras selama lima bulan dalam memerangi penularan wabak COVID-19, para petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akhirnya akan diberi cuti rehat satu atau dua minggu lagi.

Datuk Dr Noor Hisham/YouTube

“Kita di KKM bekerja siang malam tak berhenti sejak lima bulan, tidak kenal hari minggu dan hari bekerja”, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Apa yang pasti, hari ini kita nampak keputusan dan hasil daripada pengorbanan kita. Kes semakin berkurangan. Penggunaan wad dan ICU (Unit Rawatan Rapi) juga semakin berkurangan”.

“Jadi mungkin dalam masa ini kita akan menggunakan seminggu dua untuk memberi ‘time off’ kepada warga kerja KKM secara bergilir-gilir”, jelasnya ketika sesi sidang media harian di Putrajaya.

Gambar Hiasan/YouTube

Selain daripada itu, petugas kesihatan KKM juga turut akan diberi khidmat kaunseling bagi memulihkan semangat mereka sebagai persedian jika berlaku peningkatan kes di masa akan datang.

Tambahnya, keadaan ini merupakan satu cabaran dan dugaan buat semua namun tindakan ini adalah satu pertahanan terakhir untuk mengelakkan daripada pertambahan kes positif dan kematian.

KKM juga difahamkan akan meneliti keadaan semasa dalam tempoh satu atau dua minggu untuk merancang semula strategi melibatkan tenaga kerja, peralatan, hospital dan makmal sedia ada.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan, bukan sahaja di KKM tetapi juga melibatkan PDRM, ATM, Imigresen, NGO dan sebagainya yang telah bekerja keras untuk mencapai hasil seperti hari ini”.

Setakat 5 Mei, hanya 30 kes positif COVID-19 dicatatkan di Malaysia, di mana ia merupakan satu jumlah yang terendah setakat ini untuk tempoh sehari manakala 83 lagi pesakit dilaporkan telah pulih.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular