Kucing sememangnya terkenal dengan rasa ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu yang mungkin asing baginya. Selagi tidak diselidiki sepuasnya, selagi itulah kucing tidak akan berhenti membelek sesuatu.

Segelintir kucing juga mudah mesra dan begitu teruja jika dapat bermain, lebih-lebih lagi bersama rakan mereka – tidak kiralah spesies apa pun. Seperti kucing ini yang begitu menikmati masa bersama ikan-ikan kap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Toby & Mr. Mika (@timo_the_ragdoll_cat) on

@timo_the_ragdoll_cat/Instagram

Kucing comel bernama Mika ini nampaknya gemar aktiviti fizikal yang menyeronokkan di luar. Mana tidaknya, menerusi satu video, Mika dilihat secara tidak sengaja melemparkan bola kecil ke dalam kolam ikan kap.

@timo_the_ragdoll_cat/Instagram

Berasa kasihan dengan rakannya, seekor ikan kap kemudian dilihat cuba menolak bola yang terjatuh itu berhampiran dengan Mika, bagi memudahkan Mika mengambilnya. Namun kucing mana tahu ambil bola, bukan?

Puas menguis bola tersebut di dalam air, bola itu akhirnya hanyut semula. Mujurlah ada ikan kap yang kemudiannya membantu menolak bola itu semula. Bertuah punya Mika! Sudah jatuhkan bola, tidak tahu ambil pula..

@timo_the_ragdoll_cat/Instagram

Nampaknya Mika sangat suka menghabiskan masa bersama ikan kap tersebut. Menerusi video di bawah pula, Mika kelihatan memegang kepala ikan kap yang juga rakannya itu. Mungkin itu caranya menzahirkan kasih sayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Toby & Mr. Mika (@timo_the_ragdoll_cat) on

@timo_the_ragdoll_cat/Instagram

Mika tinggal bersama-sama dengan seekor lagi kucing comel bernama Toby. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Toby & Mr. Mika (@timo_the_ragdoll_cat) on

@timo_the_ragdoll_cat/Instagram

Suka benar mengendap ikan ya…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Toby & Mr. Mika (@timo_the_ragdoll_cat) on

@timo_the_ragdoll_cat/Instagram

Hidup mereka tambah bermakna dengan kehadiran rakan-rakan ikan kap mereka di dalam kolam. Sebaik sahaja muncul rakan kucing mereka di permukaan, pasti ikan kap tersebut akan muncul.

@timo_the_ragdoll_cat/Instagram

Mika sememangnya seekor kucing yang penuh dengan rasa ingin tahu atau Mika sendiri memang sukakan unsur air. Seperti aktivitinya ini yang membantu tuannya menyiram pokok

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Toby & Mr. Mika (@timo_the_ragdoll_cat) on

@timo_the_ragdoll_cat/Instagram

Sungguh comel. Semoga persahabatan Mika, Timo dan rakan ikan kap mereka itu berkekalan hingga ke akhirnya. 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular