Sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kita sudah mendengar dan melihat sendiri terdapat golongan bergaji harian mengalami kesukaran menjalani kehidupan ekoran sumber pendapatan yang terjejas kerana tidak dibenarkan bekerja.

Tambah memeritkan buat golongan ini ketika PKP dilanjutkan sehingga fasa keempat yang akan berakhir pada 12 Mei.

Sepanjang penguatkuasaan PKP mungkin sebilangan mereka meminjam wang daripada rakan atau saudara mara, sementara yang lain berusaha sebaik mungkin untuk berjimat demi menanggung keperluan harian diri sendiri dan keluarga.

Kula Segaran/Facebook

Selepas pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi kelonggaran ke atas PKP fasa keempat bermula 4 Mei, sektor ekonomi dan perniagaan telah dibenarkan untuk beroperasi semula menurut pematuhan bersyarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Salah satu perniagaan yang dibenarkan beroperasi semula ialah kedai pajak gadai, maka seperti mana sektor lain sebelum ini, pengusaha atau peniaga perlu mengikuti garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

We are Malaysians/Facebook

Sebaik sahaja perniagaan ini dibuka, tular beberapa gambar di media sosial menyaksikan orang ramai beratur panjang di luar kedai pajak gadai.

Dan ia bukan hanya di kedai pajak gadai tertentu sahaja tetapi situasi yang sama berlaku di beberapa negeri di Malaysia.

Selangor

We are Malaysians/Facebook

Negeri Sembilan 

Seremban Page/Facebook

Perak

Kula Segaran/Facebook

Kuala Lumpur

We are Malaysians/Facebook

Tidak dapat dipastikan sama ada orang-orang ini beratur panjang di sana kerana mahu memajak barang kemas mereka untuk mendapatkan wang sementara atau membayar balik pinjaman terdahulu mereka, ketika PKP diberi sedikit kelonggaran.

Namun apa yang pasti kita semua memahami kesukaran yang dihadapi ramai golongan berpendapatan kecil dan sederhana di luar sana, betapa pandemik virus PKC (COVID-19) telah mengubah kehidupan dan menyekat kebebasan kita mencari rezeki.

Kula Segaran/Facebook

Gambar-gambar ini mungkin dapat memperkatakan betapa ramai orang yang sedang berjuang meneruskan kehidupan sepanjang pelaksanaan PKP kerana mereka tidak bekerja dan kini terpaksa menggadai barang kemas atau apa sahaja harta benda berharga demi kelangsungan hidup diri sendiri serta ahli keluarga ketika melalui waktu sukar.

Semua orang merasai masa yang sukar kini dan semoga pandemik ini akan cepat beransur reda bagi membolehkan rakyat mendapatkan kehidupan normal itu semula.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular