Beberapa hari kebelakangan ini, isu di Twitter masih lagi hangat mengenai dakwaan seorang pemuda bernama Azhar Ali yang mengatakan bahawa dirinya telah berjaya mendapatkan biasiswa untuk ke NASA. 

Akhirnya kebenaran berjaya dibongkarkan oleh netizen yang mendapati bahawa ianya tidak betul. Azhar kemudian menceritakan menerusi tweet bahawa dirinya telah ditipu dan telah menerima emel pengesahan mengenainya.

Namun ramai yang tidak tahu tentang seorang wanita warga Malaysia, Dr Wan Wardatul Amani yang sememangnya pernah bertugas di NASA. Beliau mula bekerja untuk projek nano satelit NASA ketika di usia 36 tahun.

Malaysiakini

Beliau difahamkan telah menjadi penyelidik utama yang mengetuai perkembangan muatan sains selain bekerja dengan NASA Ames untuk mereka bentuk muatan bagi mengintegrasikannya ke dalam tin.

Beliau bermula sebagai pelajar kejuruteraan elektrik di University of Minnesota namun oleh kerana rasa ingin tahu yang tinggi, beliau kemudian menawarkan diri secara sukarela untuk bekerja di makmal.

Penang Kini/Facebook

Perjalanan dan ranjau yang ditempuhinya bukanlah sesuatu yang mudah akan tetapi beliau tetap gigih, sehinggakan beliau turut membersihkan slaid kaca dan juga penutup slaid bagi membolehkan nano satelit dilancarkan bersama dengan roket SpaceX.

Malaysiakini

Sungguhpun telah bekerja di luar negara, Dr Wan Wardatul tidak sesekali melupakan asal usul dan beliau kemudian kembali semula ke tanah air pada tahun 2014. Sejak itu, beliau mula menfokuskan kepada peranti yang memudahkan kehidupan orang awam.

“Saya boleh mendapatkan kerja dengan mudah di NASA tetapi saya mahukan sesuatu yang lebih. Saya mahu selesaikan masalah sebenar”, katanya apabila ditanya mengenai sebab dirinya pulang semula ke Malaysia.

Pasukannya kini difahamkan sedang bekerja untuk menghasilkan peranti yang mampu memantau kandungan gula dalam darah, di mana harganya jauh lebih berpatutan.

Malaysiakini

Anak kelahiran Pulau Pinang tersebut juga berkongsi bahawa tiada batasan usia, latar belakang, bangsa dan agama dalam mengejar impian. Apabila mendapat peluang dan pemerkasaan yang tepat, seseorang itu mampu melakukan keajaiban.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati gadis di luar sana untuk tidak berkahwin pada usia tertentu sebaliknya perlu mengejar impian terlebih dahulu dan belajar bersungguh-sungguh.

Malaysiakini

Kini, Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim merupakan seorang pensyarah yang bertugas di Jabatan Bioteknologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Tahniah Dr Wan dan selamat maju jaya!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular