Ketika pandemik virus PKC (COVID-19) sedang menular di seluruh dunia, majoriti negara menguatkuasakan perintah berkurung atau perintah kawalan pergerakan dengan menggesa rakyatnya kekal duduk di rumah dan tidak perlu keluar dari rumah jika tiada keperluan.

Thailand juga tidak terkecuali melaksanakan perintah berkurung dengan mengenakan undang-undang ketat kepada rakyatnya yang dilarang keluar dari rumah bermula jam 10 malam hingga 4 pagi.

Seekor kucing belang yang comel merasakan yang dia tidak tertakluk kepada perintah itu kerana dia bukan manusia, jadi pada suatu malam si montel ini telah keluar dari rumah tanpa pengetahuan tuan yang mungkin ada memeliharanya.

@nisizawa/Twitter

Malangnya, ketika dia sedang berseronok menikmati angin malam sepoi-sepoi bahasa, polis Thai yang sedang meronda mencari pesalah perintah berkurung telah terserempak dengannya.

Terkantoi sudah, maka polis Thai tersebut tiada pilihan lain selain perlu menahannya kerana si montel telah melanggar perintah berkurung yang sedang dilaksanakan. 

Kucing ini terpaksa dibawa ke balai dan ditahan buat semalaman dua atau lebih, sementara penyiasatan dilakukan bagi mencari jikalau dia memiliki tuan yang terleka atau terlepas pandang kucingnya telah hilang untuk dikenal pasti.

@nisizawa/Twitter

Seperti prosedur dimasukkan ke dalam lokap balai, satu ‘mugshot’ diambil untuk merekodkan kesalahan si comel yang nakal. Dia memegang satu kadbod dengan tulisan, “Kesalahan Jenayah, Selepas waktu 22:00 malam, melanggar perintah berkurung dengan keluar rumah.”

Melihat mukanya itu, si montel langsung tidak menunjukkan rasa penyesalan.

@nisizawa/Twitter

Ekoran gambar ‘mugshot’ yang tersebar itu, ada kalangan netizen tidak dapat menahan ketawa sambil menulis :

“Polis Thailand mungkin terlalu bosan lalu membuat lawak menggunakan kucing comel yang mereka temui.”

“Gambar jenayah paling comel.”

“Kucing sudah biasa ini, tabiat dia keluar malam! Tiada rasa menyesal dalam wajah ini…”

@nisizawa/Twitter

Kerajaan Thailand menguatkuasakan perintah berkurung serta darurat negara sejak 3 April lalu dan kini dilanjutkan sehingga 31 Mei demi menangani pandemik Virus PKC (COVID-19). 

Semoga si montel yang comel ini dapat ditemukan dengan pemiliknya tidak lama lagi, dan jangan merayau malam lagi ya!

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular