Tidak lengkap rasanya menu berbuka apabila tidak disertakan dengan kuih muih, bukan? Mungkin ada beberapa jenis kuih yang selalunya menjadi hidangan kegemaran kita saat berbuka puasa.

Jika anda mahukan kelainan, apa kata cuba resipi kuih tradisional dari Terengganu ini. Ia amat mudah dan tidak memakan masa yang lama untuk dibuat. Resipi ini sebenarnya dikongsi oleh Nor Al Fatihah.

Antara bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 cawan tepung pulut
  • ¾ cawan air
  • 1 biji telur (dipukul)
  • Gula

Caranya :

  1. Campurkan tepung pulut dengan air kemudian adunan tadi diuli. Tambahkan air mengikut kesesuaian jika doh masih keras

2. Ambil sedikit doh dan gentel ianya menjadi bulat. Kemudian tekan dengan ibu jari sehingga ianya terbentuk

3. Celupkan doh yang telah dibentuk tadi di dalam telur

4. Gorengkan di dalam minyak yang panas sehingga ia merekah dan kelihatan seperti berbunga.

5. Sesudah itu, angkat dan salutkan dengan gula. Siap untuk dihidangkan. 

Menurut Nor Al Fatihah, resipi kuih tepung bunga berkenaan adalah resipi yang diwarisi daripada ibunya. Rasanya enak – manis dengan tekstur yang agak liat.

Pasti laku keras dan menjadi kegemaran kanak-kanak waktu berbuka nanti. Apa tunggu lagi, jom kita cuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular