Satu lagi kluster baharu dikesan dari tapak pembinaan Kuala Lumpur selepas 28 pekerja pembinaan warga asing dilaporkan positif virus PKC (COVID-19).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan telah mengesan kluster baharu dari tapak pembinaan di Kuala Lumpur melibatkan 28 pekerja warganegara asing yang dilaporkan positif COVID-19.

@KKMPutrajaya/Twitter

KKM kini sedang menyiasat kemungkinan kumpulan baru ini sama ada mendapat jangkitan daripada kluster lain, termasuk jemaaah Sri Petaling, Pasar Borong dan Kampung Baru.

Dalam kenyataan di Sidang Media Harian COVID-19 pada 3 Mei, Dr Noor Hisham berkata, “Setelah disiasat pada peringkat awal, terdapat satu kluster baharu iaitu kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur yang mana jumlah kes adalah 28 tetapi tiada pertambahan semalam. 28 kes melibatkan pekerja yang kesemuanya warga asing dari tapak pembinaan Kuala Lumpur.”

Pexels/Gambar Hiasan

“Kita sudah menyiasat di tapak pembinaan itu dan mulanya ada kemungkinan berkait dengan kluster lain. Mereka yang terlibat duduk sekali dalam pangsapuri, jadi jangkitan dengan kluster lain.

Ia masih dalam siasatan, mungkin ada kaitan dengan kluster Sri Petaling, Pasar Borong dan Kampung Baru. Jadi siasatan masih dijalankan, untuk kenal pasti ada kaitan atau tidak,” jelas Dr Noor Hisham.

@KKMPutrajaya/Twitter

Kata Dr Noor Hisham, setakat ini masih tidak terdapat bukti kukuh untuk mengaitkan kumpulan jangkitan positif COVID-19 baharu itu dengan tiga kluster berkenaan, maka beliau menamakannya kluster tapak pembinaan.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular