Bagi sesiapa yang pernah menonton filem “I Am Legend” yang menampilkan lakonan hebat Will Smith yang ditayangkan pada tahun 2007, pasti akan mengetahui tentang lakonan hebat ‘pelakon sampingannya’ yang bernama Samantha.

peekme

Dalam filem berkenaan, Samantha, atau yang lebih mesra dipanggil Sam oleh watak Robert Neville lakonan Will Smith adalah seekor anjing yang sentiasa ada bersama tunggak utama filem ini, dan dalam masa yang sama turut menjadi pelindung kepada hero pujaan ramai ini.

Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa Sam, atau nama sebenarnya “Abbey” kini masih lagi hidup dan aktif bersama pelatihnya, Steve Berens.

peekme

Menurut Steve, “kini Abbey sangat tua. Abbey tidak mempunyai pendengaran yang jelas, tetapi Abbey masih lagi aktif dan sangat suka bermain bola.”

Tambah Steve, ketika Abbey dalam proses penggambaran bagi filem “I Am Legend,” Abbey berasa sangat gementar pada mulanya. Namun, lama-kelamaan, Abbey mula membiasakan diri dengan penggambaran dan memberikan segalanya yang terbaik untuk pembikinan filem itu.

peekme

Steve juga menyatakan bahawa Will Smith turut melayan Abbey dengan sangat baik dan langsung tidak menganggap Abbey sebagai ‘alat’ dalam penggambaran, sebaliknya menganggap Abbey sebagai rakan sekerjanya.

“Will Smith selalu bermain dengan Abbey, ambil masa untuk memahaminya, bermesra dengannya. Dia seorang yang hebat!” kata Steve.

Malahan, Will Smith juga turut berkali-kali memujuk Steve untuk membenarkannya menjaga Abbey sebagai haiwan peliharaannya. Namun, kerana rasa sayang terhadap Abbey, Steve tidak sanggup untuk melepaskannya.

peekme

Sehingga hari ini, kehadiran Abbey sebagai Sam dalam filem “I Am Legend”  di samping Will Smith pasti akan diingati ramai peminat filem. Tidak dapat dinafikan, kesesuaian antara kedua watak ini saling melengkapi antara satu sama lain dan langsung tidak menghampakan!

Dan, untuk mengetahui bahawa “Samantha” kini sudah berumur 13 tahun serta masih lagi hidup dengan sihat sehingga ke hari ini pastinya adalah berita gembira bagi semua orang.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular