Seorang nenek yang terpaksa menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ untuk dirinya sendiri di bawah perintah kuarantin di rumah, tidak sangka menerima ribuan ucapan hari jadi dan doa terbaik setelah rakaman detik dia meraikan hari jadinya sendirian telah dimuat naik oleh cucunya di media sosial.

Norma Gregorio menyambut usia emasnya yang ke-88 tahun di rumahnya di Union Square, New Jersey tanpa kehadiran keluarga tersayang ekoran perintah berkurung akibat Virus PKC (Covid-19), tetapi telah mengirim e-mel rakaman video dia menyanyikan lagu klasik ‘Happy Birthday’ untuk ahli keluarganya dengan gembira dan bersemangat.

Peekme

Keluarga Norma telah mengirimkan kek jambangan bunga kepadanya dan dia kemudian meletakkan lilin yang dinyalakan, menyanyikan lagu hari jadi, membuat ‘permintaan istimewa’ sebelum meniupnya dengan gembira.

Facebook / Paparan Skrin

Cucu perempuannya, Jessica Kerrigan melihat rakaman video comel itu dengan rasa yang sangat tersentuh lalu membuat keputusan memuat naik detik menyentuh hati itu di TikTok.

Dalam rakaman video itu, Norma berkata dengan gembira, “Hari ini hari jadi saya, dan saya bersendirian kerana virus. Tetapi lihatlah apa yang berada di sini.”

Facebook / Paparan Skrin

“Tiada siapa yang dapat melawat saya, tetapi saya mempunyai kek dan hadiah yang mengingatkan hari ini adalah hari istimewa saya,” katanya dengan gembira.

Selepas video itu menjadi tular, nenek Norma menjadi sensasi internet apabila video itu ditonton lebih 9 juta netizen dengan beribu-ribu daripadanya mengirimkan ucapan dan doa selamat sempena hari istimewanya.

Facebook / Paparan Skrin

“Saya dan keluarga mengirimnya kek bunga dari 1-800-Flower. Nenek sangat menghargainya dan dia memutuskan untuk merakamkan dirinya menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’, dan menghantar e-mel kepada saya dan keluarga,” kata Jessica.

“Ia menjadi detik paling lucu dan manis, dan saya memutuskan untuk menghantarnya ke TikTok, tidak sangka pula ia menarik perhatian ramai,” tambah Jessica.

Facebook / Paparan Skrin

Ketika Jessica memberitahu Norma bahawa dia telah menjadi ‘bintang’ sensasi internet, neneknya menjawab dia rasa lebih daripada itu, seperti ‘galaksi’.

Norma dilahirkan pada 25 Mac 1932 di New York, tetapi tinggal di Itali semasa Perang Dunia Kedua, berkata dia memahami bagaimana rasanya kehidupan ketika sedang melalui krisis. 

Peekme

Dan sementara Norma menghargai semua komen baik yang dikirimkan, nenek ini berkata dia tidak pernah berasa sedih hidup bersendirian, sambil bersyukur sambutan hari jadinya kali ini menjadi paling bermakna buat dirinya.

“Saya tidak faham mengapa mereka menangis. Saya selalu gembira, saya tidak sedih pun,” kata nenek Norma yang sentiasa ceria.

Facebook / Paparan Skrin

“Saya mempunyai falsafah hidup. Saya berfikir setiap pagi ketika bangkit, saya berkata, Terima Kasih, Tuhan kerana memberi saya satu hari berikutnya. Dan setiap malam ketika saya mahu masuk tidur, saya berkata, Terima Kasih, Tuhan kerana telah memberikan saya satu hari untuk hidup.”

Peekme

Norma menambah sambil tersenyum, tetapi dia sedikit kecewa kerana kek jambangan bunga yang dikirim keluarganya tidak boleh dimakan.

HuffPost Women/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular