Setiap orang mengimpikan untuk memiliki rumah yang besar dan mewah. Di dalam sesebuah rumah, bahagian yang paling penting adalah bilik tidur kerana di sinilah tempat untuk kita beristirahat, menenangkan fikiran dan berada dalam keadaan yang paling selesa.

Bagaimanapun, kita mungkin sudah selesa dengan keadaan bilik tidur kita, tetapi sebaik sahaja anda melihat bilik tidur yang akan dipaparkan ini, anda pasti akan mengaguminya.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang menetap di Kuala Lumpur telah menjadi bualan hangat media sosial apabila dia berkongsi proses dekorasi bilik tidurnya yang sangat cantik! Hasil transformasi ini benar-benar memukau dan membuatkan orang ramai mengagumi kreativiti lelaki ini.

@SyaifulNazreen/Twitter

Lelaki yang dikenali sebagai Syaiful Nazreen ini telah memuat naik beberapa gambar bilik tidurnya sebelum dan selepas dekorasi. Menurut Syaiful, dia mendapat inspirasi untuk menghias bilik tidurnya itu daripada Pinterest.

Tidak hairanlah mengapa citarasa Syaiful ini kelihatan sangat eksklusif dan menenangkan seperti gambar-gambar yang kita lihat di Pinterest.

@SyaifulNazreen/Twitter

Lebih mengagumkan lagi, Syaiful menyatakan bahawa dia langsung tidak mempunyai sebarang latar belakang berkaitan bidang rekaan dalaman. Tetapi, Syaiful bekerja di Muji, sebuah butik pakaian dari Jepun.

Jelas Syaiful, dia memperoleh perabot dan keperluan biliknya daripada beberapa buah jenama seperti IKEA, Kaison, Daiso, Spotlight, H&M Home dan juga tempat kerjanya sendiri, Muji.

@SyaifulNazreen/Twitter

Bunga-bungaan kering yang dijadikan sebagai hiasan di biliknya itu pula diperoleh daripada Lee Wah Florist, sebuah kedai bunga di Kuala Lumpur. Bercerita tentang jumlah yang telah dibelanjakan untuk menghasilkan bilik yang menarik seperti itu, Syaiful memaklumkan bahawa dia telah menghabiskan sekitar RM5,000.

Tambahnya lagi, dia mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan untuk menyiapkan bilik tidurnya. Bukan sahaja itu, Syaiful turut berkongsi gambar susunan bajunya yang pasti membuatkan anda merasa tenang disebabkan oleh kekemasannya.

@SyaifulNazreen/Twitter

@SyaifulNazreen/Twitter

@SyaifulNazreen/Twitter

Transformasi yang cukup menakjubkan ini sehingga kini telah meraih 14,000 retweet dan 37,000 tanda suka. Ramai netizen turut berkongsi pendapat masing-masing dan memberikan pujian yang melangit terhadap Syaiful.

“Kuarantin setahun pun sanggup kalau macam ini”.

“Untung isteri dia nanti, dapat suami yang suka deko”.

“Aku terasa hina jadi seorang perempuan. Sumpah cantik!”.

@SyaifulNazreen/Twitter

@SyaifulNazreen/Twitter

@SyaifulNazreen/Twitter

Selain itu, Syaiful turut berkongsi gambar ruang tamu rumahnya yang turut diubah menjadi satu transformasi yang cukup menawan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular