KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula yang akan berkuatkuasa 4 Mei nanti.

“Dalam melaksanakan PKPB ini, aktiviti dan perhimpunan ramai yang mendedahkan risiko jangkitan COVID-19 masih tidak dibenarkan,” katanya dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja hari ini.

Langkah itu susulan dua daripada enam strategi dan perancangan kerajaan dalam memerangi wabak iaitu ketegasan dalam tindakan mengawal COVID-19 dan membina ketahanan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin telah membuahkan hasil.

Beliau berkata, pengorbanan sepanjang PKP tidak sia-sia berikutan jumlah kes baharu COVID-19 turun, manakala kes sembuh meningkat. Selain itu, kerajaan juga sedia membuka semula aktiviti ekonomi secara terkawal dan berhati-hati di bawah PKPB.

“Sektor yang akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bermula 4 Mei ini.

Beliau berkata mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, Majlis Keselamatan Negara dan Jemaah Menteri telah mengadakan perbincangan dalam mencari jalan untuk memulihkan ekonomi negara serta dalam masa yang sama dapat membendung wabak COVID 19.

Perdana Menteri membuat pengumuman tersebut dalam Perutusan Khas Sempena Hari Pekerja pada pukul 11:00 pagi tadi.

Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja

Perutusan Khas Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Hari Pekerja.

تم النشر بواسطة ‏‎RTM – Radio Televisyen Malaysia‎‏ في الخميس، ٣٠ أبريل ٢٠٢٠

Maybe you're interested :

Share

Video Popular