- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Kerajaan bakal laksana SOP baharu, longgar PKP tetapi perketat kawalan sempadan

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa kerajaan kini sedang dalam perbincangan prosedur operasi standard (SOP) untuk melonggarkan sekatan perjalanan di dalam negara dan memfokuskan kepada penguatkuasaan kawalan yang lebih ketat terhadap keselamatan sempadan negara.

Jelas beliau, Malaysia kini mencatatkan jumlah kes yang sedikit sejak kebelakangan ini sekali gus membuatkan kerajaan mengambil keputusan untuk merangka SOP baharu selaras dengan kelonggaran PKP fasa keempat ini.

Sebagai contoh, kerajaan mungkin akan mempertimbangkan untuk melanjutkan waktu operasi kedai makan sehingga jam 10 malam bagi memudahkan rakyat membuat tempahan makanan untuk berbuka puasa dan bersahur.

KKM/Facebook [1]

“Buat masa sekarang, kami sedang membincangkan SOP dan semua sektor perlu mematuhinya. Kami akan membuat pengumuman dalam masa terdekat”.

“Ternyata kejayaan dan pencapaian melandaikan lengkung dan mengawal penularan virus Covid-19 adalah kejayaan bersama, iaitu rakyat dan kerajaan Kita berjaya disebabkan oleh PKP. Sejak kebelakangan ini terdapat dua digit kes sahaja. Sudah tentu, kita perlu bekerjasama dengan orang awam. Ini adalah tanggungjawab sosial dan kita perlu disiplin sosial dalam kalangan rakyat”.

Gambar Hiasan/Facebook [2]

Jelas Dr Noor Hisham lagi, “Tidak seperti negara lain, dalam pada mereka melonggarkan perintah berkurung dan kawalan pergerakan, mereka turut membuka sempadan negara”.

Sehingga semalam (30 April), Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan terdapat sebanyak 57 kes baharu di mana 25 daripadanya adalah kes import manakala 32 lagi melibatkan kes tempatan.

loading...