BEIJING- China telah dilaporkan enggan membenarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk bergabung dalam penyelidikan mengenai punca berlakunya virus Novel Koronavirus.

China telah dikritik karena bersikap rahsia mengenai bagaimana bermulanya penularan wabak tersebut. Banyak negara percaya bahawa Beijing sengaja melambat-lambatkan untuk memberitahu dunia tentang betapa seriusnya wabak COVID-19. Bukan hanya itu, mereka yang bercakap mengenai virus itu mungkin dihukum oleh pihak berkuasa China.

Dr Gauden Galea/YouTube

Wakil WHO, Dr Gauden Galea memberitahu Sky News: “Kami tahu bahawa beberapa penyelidikan nasional sedang dilakukan tetapi sehingga pada peringkat ini kami belum diundang untuk turut serta.”

Menurut Dr Galea lagi punca penularan wabak ini adalah penting. Hal ini kerana hubungan atau reaksi antara manusia-haiwan sangat penting dan perlu untuk dikaji. Apa yang menjadi keutamaan ialah cara yang perlu dilakukan untuk mencegah kejadian tersebut daripada berulang.

Sky News/YouTube

Pegawai perisik AS juga mendakwa China gagal menyatakan betapa seriusnya wabak tersebut sejak awal lagi.

White House juga mengatakan bahawa memahami asal-usul virus itu adalah penting untuk membantu dunia untuk berhadapan dengan wabak ini dan dalam masa yang sama turut dapat memberikan maklumat mengenai tindak balas segera yang boleh diambil.

Dr Galea juga mengatakan bahawa tidak mungkin hanya ada 41 kes di Wuhan dari 2 Januari hingga 16 Januari 2020 dan persoalan inilah yang harus dijawab oleh China.

WHO telah dikritik oleh AS kerana menerima statistik China tanpa mempersoalkannya.

Presiden Trump bahkan mengatakan China, “akan melakukan apa sahaja yang mereka boleh” untuk memastikan beliau kalah dalam pilihan raya akhir tahun ini.

Trump berkata kepada Reuters bahawa, “China akan melakukan apa saja yang boleh membuat saya kalah dalam ‘perlumbaan’ ini.”

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular