KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan mengenai kadar faedah tambahan yang akan dikenakan bagi tempoh enam bulan moratorium yang diberikan sebelum ini, bermula 1 April hingga 30 September 2020.

Sebelum ini difahamkan, tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan bagi jumlah bayaran yang ditangguhkan itu memandangkan pinjaman sewa beli dan pelan pembiayaan Islamik menggunakan kadar faedah tetap yang dikira dan ditentukan sejak pinjaman diluluskan.

Gambar Hiasan/Facebook

Bagaimanapun menerusi pengumuman terbaharu oleh BNM ini, pelanggan yang memilih untuk mengambil penangguhan atau moratorium kini mempunyai dua pilihan. Pertama, pelanggan akan dikenakan faedah sepanjang tempoh enam bulan moratorium ini berlangsung.

Bagaimanapun, pelanggan tidak perlu melakukan pembayaran ansuran bulanan dan tempoh pinjaman akan dilanjutkan kepada tambahan enam bulan daripada tarikh matang pinjaman yang asal.

Kedua, peminjam boleh membuat pembayaran ansuran yang terkumpul selama enam bulan beserta pembayaran untuk bulan Oktober sekali gus bagi mengelakkan peminjam dikenakan kadar faedah ke atas pinjaman.

Dalam erti kata lain, peminjam perlu membayar jumlah ansuran bagi tujuh bulan pada Oktober 2020 secara sekali gus atau lump sump.

Sementara itu, bagi pelanggan yang mahu meneruskan pembayaran seperti biasa, pelanggan perlu memaklumkan kepada bank masing-masing dan menyambung pembayaran ansuran mereka seperti biasa berdasarkan perjanjian sedia ada sebelum ini.

“Dalam kes ini, faedah berdasarkan kadar kontrak akan dicaj ke atas jumlah ansuran tertangguh sehingga dibayar sepenuhnya, yang sepatutnya pada akhir tempoh lanjutan enam bulan”.

BH

Sementara itu, Persatuan Bank Malaysia (ABM) memaklumkan bahawa bank tidak akan mengenakan caj faedah tambahan atau fi bayaran lewat bagi ansuran tertunggak pada April dan Mei oleh pelanggan yang menangguhkan bayaran ansuran bulanan. Namun, ianya hanya akan dilaksanakan jika bayaran bagi April, Mei dan Jun 2020 dilakukan sebelum 30 Jun 2020.

“Jika bayaran tidak dibuat menjelang 30 Jun 2020, akaun akan tertunggak dan caj bayaran lewat akan mula terakru daripada Julai 2020 seterusnya,” katanya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular