PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati terdapat satu daripada 30 strain mutasi virus COVID-9 yang boleh bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 orang menerusi satu kajian yang dijalankan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia membabitkan kes ke-26 di mana mutasi berkenaan dikesan pada kodon 15. Difahamkan bahawa Institut Penyelidikan Perubatan (MRI) telah pun melakukan pengasingan virus dan kultur tersebut.

“Jadi, mungkin kes ke-26 ini menjangkiti (pesakit) kerana mutasi tersebut. Jadi mutasi baharu lebih dahsyat dari segi jangkitan atau penularan dalam kalangan individu-individu terlibat. Itu yang pasti”, jelas beliau.

“Setakat ini yang kita pasti ialah lihat pada gelombang pertama dan peringkat awal gelombang kedua. Kes-kes kita adalah daripada strain B iaitu sama dengan di Wuhan, berbanding dengan strain A di Amerika Syarikat dan strain C di Eropah”.

Sebelum ini, para pengkaji dari Institut Genomik Bioperubatan Negara (NIBMG) India mendakwa telah mengesan 10 mutasi berbeza, di mana salah satunya disifatkan lebih berbahaya. Ia diklasifikasikan sebagai A2a dan lebih cepat menular dalam kalangan manusia.

Tambah Dr Noor Hisham, tumpuan perlu dilakukan untuk mengkaji sama ada terdapat strain yang berbeza. Pihaknya perlu membuat kajian untuk gelombang kedua membabitkan pesakit yang telah disahkan positif COVID-19.

Begitu juga dengan mereka yang pulang ke tanah air daripada negara-negara tertentu. Oleh yang demikian, Dr Noor Hisham berkata bahawa KKM masih sudah melakukan pengasingan kultur terbabit selain menjalankan kajian mengenainya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular