KUALA LUMPUR – Golongan yang bekerja sendiri merupakan golongan yang paling terjejas akibat pandemik global virus Parti Komunis China atau COVID-19.

Menerusi kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, jumlah pekerjaan yang tergugat akibat virus PKC ini dikatakan mencecah puluhan juta hanya dalam tempoh beberapa minggu sahaja. Sementara itu di Malaysia, jumlah ini dilaporkan mampu mencapai peratusan pengangguran sehingga 12%.

Gambar Hiasan/Facebook

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Institut MASA, Mohd Nizam Mahshar, “Pada hari ini, sejak Februari lepas, data menunjukkan kita berada pada tahap tiga peratus atau pun lebih kurang 500,000 dari mereka yang tidak mempunyai pekerjaan”.

“Tetapi berdasarkan kepada anggaran yang kami lihat, ia boleh mencapai ke nilai 1.8 hingga 2 juta selepas COVID-19,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, golongan yang bekerja sendiri perlu diberi perhatian yang lebih kerana golongan inilah yang dilaporkan paling terjejas akibat pandemik global ini. Jelasnya, sebanyak 70% daripada golongan itu mempunyai simpanan yang hanya mencukupi untuk menampung perbelanjaan kurang daripada sebulan.

Gambar Hiasan/Facebook

Nizam turut memaklumkan bahawa kini sudah tiba masanya untuk ekonomi negara berubah kepada kalis krisis selepas berakhirnya pandemik COVID-19.

“Kita kena mengubah ekonomi kita, sudah tiba masanya untuk menekan butang reset, bukan sahaja untuk kita restart tetapi memulakan semula (reset)”.

“Kita perlu sekali gus menangani masalah-masalah kita yang lampau supaya kita kalis daripada krisis ini, dan kesan daripadanya, kenapa kita perlu menanganinya adalah memastikan pendapatan kerja kita adalah lebih tinggi daripada sebelum ini.

“Selain itu, kesan daripada itu juga, golongan ini mampu memiliki simpanan lebih banyak dan lebih berupaya untuk menangani krisis,” tambahnya.

Gambar Hiasan/Facebook

Justeru, diharap agar kerajaan dapat menyalurkan lebih banyak bantuan kewangan dan memperkenalkan polisi inklusif bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membolehkan mereka kembali beroperasi seperti sedia kala serta mereka yang bekerja sendiri menangani kemelesetan disebabkan COVID-19.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular