Salah satu nikmat terbesar dalam membela haiwan kesayangan seperti kucing adalah apabila disambut mesra di pintu sepulangnya kita daripada kerja mahupun sekolah. Rasa seperti kepulangan kita sangat dinantikan.

Rutin itu sudah menjadi kebiasaan buat seekor kucing bewarna jingga keemasan yang diberi nama Marty. Menurut ‘ibu’ manusianya, Marty akan duduk menunggu di pintu sewaktu menantikan kepulangan ‘bapanya’.

Peek Me

Marty difahamkan akan meninjau ke luar jendela melalui kaca di pintu untuk mengetahui sama ada pemiliknya itu sudah pulang daripada pejabat ataupun belum. Setia benar Marty menunggu nampaknya, bukan?

Bahkan Marty turut sanggup menunggu pemiliknya bersiap sebelum ke tempat kerja sekaligus melihat bapanya itu keluar. Namun rutin harian Marty baru-baru ini berubah memandangkan tempoh kuarantin ekoran COVID-19.

Peek Me

Ini bermakna, bapa kesayangan Marty tidak lagi ke pejabat dan hanya bekerja secara dalam talian di rumah. Lazimnya pada jam 5 petang, Marty akan terpacak di depan pintu untuk menunggu bapa kesayangannya pulang.

Peek Me

Makanya, Marty dapat meluangkan lebih banyak masa bersama kedua ibu bapanya itu. Sudah tentu ia amat menyeronokkan buat kucing manja berkenaan yang kerap berkepit sahaja dengan bapa manusianya.

Peek Me

Sungguhpun bapanya kini bekerja daripada rumah, namun Marty masih akan pergi ke pintu untuk meninjau ke luar dan menunggu untuk beberapa ketika. Barangkali Marty sudah terbiasa menunggu agaknya?

Peek Me

Untuk melayani karenahnya yang setia menunggu, pemilik Marty bertindak keluar sebentar daripada rumah. Mungkin untuk memuaskan hati si comel kesayangannya! Jom kita lihat video di bawah :

teaboba/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular