Bulan Ramadhan kebiasaannya disambut dengan meriah dan penuh keberkatan. Membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan merupakan antara aktiviti yang dilakukan oleh majoriti masyarakat Malaysia.

Menyebut tentang bazar Ramadhan, antara menu yang wajib dijual di bazar adalah seperti murtabak, roti john, lauk-pauk, air soya dan juga kuih-muih. Bagi admin, kuih yang wajib dibeli di bazar Ramadhan adalah kuih tepung pelita! Selain warnanya yang menarik, rasa yang manis dan teksturnya yang lembut membuatkan ramai membeli kuih ini sebagai pembuka selera ketika berbuka puasa.

Tetapi, memandangkan sambutan bulan puasa kali ini agak berlainan dan tiada bazar yang dibenarkan untuk beroperasi, maka marilah kita menyediakan sendiri kuih ini di rumah. Cukup mudah, cukup senang, dijamin keluarga anda akan menyukainya!

Bahan A (lapisan hijau)

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 4 cawan air
  • Pewarna hijau

Bahan B (lapisan santan)

  • 4 cawan santan (1 kotak santan bersama 3 cawan air)
  • 4 sudu tepung beras
  • 1/2 sudu garam

Cara-cara:

Satukan kesemua Bahan A di dalam mangkuk dan kacau sehingga larut. Kemudian, masak di atas kuali dengan api sederhana.

Kemudian, kisar gula sehingga halus dan letakkan di dalam loyang.

Jangan lupa untuk melapik loyang anda dengan daun pisang terlebih dahulu bagi mengelakkan kuih ini melekat pada loyang.

Facebook

Tuang adunan lapisan hijau yang masih panas ke atas gula. Biarkan seketika.

Facebook

Masukkan kesemua Bahan B dan masak di atas kuali dengan api perlahan. Setelah siap, tuangkan di atas lapisan hijau.

Facebook

Biarkan kuih tepung pelita anda sejuk secara semula jadi dalam masa sekitar 1 jam. Bagi yang gemar menikmati kuih ini sejuk-sejuk, boleh disimpan di dalam peti ais.

Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular