Seniman yang sangat dikenali di India, Irrfan Khan yang pernah membintangi filem Slumdog Millionaire, Piku, Maqbool dan Billu dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada 29 April ekoran jangkitan pada usus besar.

@irrfank/Twitter

Beliau sebelum itu difahamkan telah dimasukkan ke unit rawatan intensif (ICU) di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani, Mumbai pada 28 April. Menurut sumber, Irrfan didiagnosis dengan tumor neuroendokrin.

Kematiannya telah disahkan oleh wakil jurucakap beliau yang mengatakan bahawa pelakon hebat tersebut juga tidak pernah sama sekali berputus asa dalam berjuang melawan penyakitnya sejak tahun 2018.

Irrfan yang sebelum ini pernah menjalani rawatan di United Kingdom juga pernah menempa nama di pentas antarabangsa menerusi filem seperti The Amazing Spiderman, Jurassic World dan juga Life Of Pi selain telah menerima banyak penghargaan.

@irrfank/Twitter

Bintang yang pernah merangkul Anugerah Filem Nasional dan Anugerah Filem dalam empat kategori berkenaan difahamkan telah meninggalkan seorang balu, Sutapa Sikder dan dua orang anak mereka, Babil dan Ayan.

Terdahulu pada tahun 2018, Irrfan mengejutkan para peminat dengan membuat pengumuman tentang penderitaannya iaitu tumor neuroendokrin yang menjejaskan sistem pesanan hormon tubuh.

“Mengetahui bahawa saya disahkan mengalami tumor ini adalah sesuatu yang cukup sukar tetapi kasih sayang dan kekuatan insan di sekeliling saya memberikan saya harapan”, tulisnya di laman Twitter sebelum ini.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular