Sebelum bergelar pakar pembuat kek perkahwinan yang kini diiktiraf antara tercantik di Malaysia, Zulkiflee Mawan mempunyai kerjaya impian dan tetap sebagai menjadi pegawai bank di Bank Negara.

Namun Zulkiflee meninggalkan pekerjaan perbankan tersebut sejak 6 tahun yang lalu ekoran minat mendalam dalam bidang pembuatan kek dan pastri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Banker To Baker (@banker2baker) on

banker2baker/Instagram

Kini ketika usianya menginjak 56 tahun, Zulkiflee memiliki perniagaan sendiri yang berjaya khusus dalam menghasilkan kek perkahwinan yang merakam memori terindah dikenali Banker2Baker.

Kisah penuh inspirasi Zulkiflee Mawan didedahkan sendiri oleh anak lelakinya, Aiman ​​Zulkiflee dalam laman Twitter miliknya.

@aimanzulk/Twitter

“Ayah saya berhenti kerja pada usia 50 tahun setelah 25 tahun berkhidmat sebagai pegawai bank untuk mengejar impian. Daripada ‘banker’ kepada ‘baker’. Di sini, saya berkongsi hasil kerjanya mulai hari ini,” tulis Aiman dalam ciapan bersama gambar-gambar rekaan kek hasil kerja tangan ayahnya.

Posting itu mendapat perhatian netizen dengan lebih 14,000 retweet dan 27,000 suka.

@aimanzulk/Twitter

“Hanya dalam beberapa tahun sahaja, ayah bermula daripada tidak tahu apa-apa kepada tahap ini,” kata Aiman ​​yang begitu bangga dengan pencapaian kerjaya ayahnya.

@aimanzulk/Twitter

Kata Aiman, ​ayahnya tidak pernah mengambil tahu untuk membakar kek dan roti sebelum ini sebelum meninggalkan pekerjaannya di Bank Negara.

@aimanzulk/Twitter

“Sebenarnya ia bukan hobinya atau apa-apa pun. Hanya kerana bernasib baik, membakar kek adalah usaha pertama yang dia menunjukkan minat setelah mengundurkan diri dalam bidang perbankan. Sangat beruntung apabila ia berjaya dan dia terus mengejarnya,” kata Aiman.

@aimanzulk/Twitter

Dilahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur, dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Zulkiflee adalah pengurus di Jabatan Pengurusan Risiko Bank Negara selama 27 tahun sebelum bersara awal.

 

View this post on Instagram

 

Sama tapi tak serupa. Hope to brighten your saturday with this touch of gold traditional wedding cakes.

A post shared by Banker To Baker (@banker2baker) on

banker2baker/Instagram

Selepas mengikuti isterinya ke United Kingdom selama empat tahun yang menyambung pengajian peringkat PhD, Zulkiflee memberitahu Bernama selepas kembali ke Malaysia, motivasi untuknya terus kekal bekerja sebagai pegawai bank di Bank Negara sudah tidak ada lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Banker To Baker (@banker2baker) on

banker2baker/Instagram

“Jadi, saya memilih untuk bersara awal dan memulakan perniagaan kek dan pastri walaupun saya tidak mempunyai pengalaman membuat kek dan pastri,” katanya.

Zulkiflee memulakan perjalanan kerjaya barunya dengan mengikuti kelas membakar kek dan pastri di Malaysia, yang pada mulanya hanya berniat secara suka-suka untuk membuat kek dan pastri buat rakan-rakan dan keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Banker To Baker (@banker2baker) on

banker2baker/Instagram

Setelah mendapat maklum balas luar biasa dan mengagumkan daripada rakan-rakan dan keluarga, Zulkiflee menjadi lebih bersemangat untuk terus membuat kek dan sepanjang perjalanan itu, ia telah menjadi minat yang mendalam,” kata Aiman kepada media.

Aiman memberitahu ayahnya kemudian mengikuti kursus kulinari di Le Cordon Bleu di Paris, Perancis untuk terus mengasah kemahirannya dalam pembuatan pastri dan kek.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Banker To Baker (@banker2baker) on

banker2baker/Instagram

Selepas tamat pengajian di Le Cordon Bleu, Zulkiflee turut ke Tokyo untuk mempelajari teknik khas membuat ‘bunga gula’ daripada artis kek terkenal Naomi Yamamoto iaitu kemahiran yang pasti menghasilkan keistimewaan tersendiri, seperti yang dapat dilihat dalam rekaan kek-kek perkahwinannya pada hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Banker To Baker (@banker2baker) on

banker2baker/Instagram

Aiman ​​berkongsi keluarganya sangat menyokong perubahan kerjaya ayahnya, walaupun ada antara mereka ​​pada awalnya secara jujur menyatakan kebimbangan sekiranya kerjaya keduanya itu tidak berjaya.

Zulkiflee mengakui pada mulanya beliau mengalami kesukaran untuk menghasilkan keuntungan peringkat awal, tetapi berkat kegigihannya, akhirnya ia membuahkan kejayaan dan beliau dapat membuka kafe butik Banker2Baker di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Banker To Baker (@banker2baker) on

banker2baker/Instagram

Kini, Zulkiflee menerima kira-kira 6 hingga 15 tempahan kek dalam seminggu, dan telah menghasilkan kira-kira 2,000 kek dalam pelbagai majlis sehingga ke hari ini.

Malah Zulkiflee turut berjaya menerima tempahan menghasilkan kek untuk pelbagai acara berprestij.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Banker To Baker (@banker2baker) on

banker2baker/Instagram

Pakar kek ini juga turut membuat kek istimewa sambutan ulang tahun ke-92 bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan juga telah menganjurkan pameran kek pertama di Malaysia yang dinamakan ‘Cake Walk’ yang diadakan pada bulan April tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Banker To Baker (@banker2baker) on

banker2baker/Instagram

Ketika ditanya apakah ayahnya masih mempunyai waktu untuk berada di dapur ketika sibuk menjalankan perniagaan, Aiman ​​berkata, “Sebahagian besar tugas membuat kek kini telah diserahkan kepada para pekerjanya.”

“Ayah kini lebih fokus dalam rekaan dan hiasan kek pada hari ini, terutama dalam pembuatan bunga gula,” kata Aiman Zulkiflee.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Banker To Baker (@banker2baker) on

banker2baker/Instagram

Semoga terus maju jaya dalam perniagaan, Cef Zulkiflee Mawan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular