Bagi pencinta kucing, semua pasti sedia maklum yang haiwan ini memiliki kepintaran serta kemahiran menunjukkan sifat manja dan licik sehingga mampu mencairkan hati manusia demi kelangsungan hidupnya, tidak kira sama ada dia itu kucing peliharaan atau kucing jalanan sekalipun.

Untuk membuktikan betapa pintarnya sesetengah kucing, Tania Lizbeth Santos Coy Tova berkongsi kisah seekor kucing jalanan bernama Conejo dan bagaimana si putih comel ini berjaya meraih perhatian dan belas kasihannya untuk membelikan makanan kucing kegemarannya dari sebuah kedai serbaneka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @conejo_elgato on

Berkongsi kisah Conejo melalui Instagram, idea licik Conejo benar-benar berhasil sehingga mencairkan hati Tania apabila melihat renungan mata pintarnya.

conejo_elgato/Instagram

Tania terus jatuh hati kepada kucing jalanan ini yang mana akhirnya Conejo terus dibawa ke rumah barunya iaitu di rumah Tania sendiri.

Tania berkata pada hari itu dia terlihat seekor kucing jalanan memerhatikannya di luar pasar raya di Piedras Negras, Mexico.

conejo_elgato/Instagram

Setelah mengusap kepala Conejo dengan lembut, kucing itu memandang sayu kepada Tania dan cuba mengiringinya memasuki ke dalam kedai serbaneka seperti mahu memberitahu sesuatu.

Dia menuju ke rak makanan kucing dan anjing lalu menunjukkan kepada Tania makanan kegemarannya supaya membelikan untuknya.

conejo_elgato/Instagram

Dan ini namanya kucing pintar, si Conejo!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @conejo_elgato on

conejo_elgato/Instagram

Tanpa menyedari apa yang telah dilakukannya, Conejo bukan sahaja mendapat makanan lazat untuk dimakan pada hari itu bahkan juga turut memperolehi rumah dan pemilik baru bernama Tania sebagai balasannya.

conejo_elgato/Instagram

Terpesona dengan pandangan mata dan kelakuan pintar kucing jalanan ini, Tania memberinya nama ‘Canejo’ yang bermaksud arnab kerana dia tidak memiliki ekor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @conejo_elgato on

conejo_elgato/Instagram

Walau bagaimanapun, peralihan kehidupan Conejo yang sudah terbiasa di jalanan menjadi kucing peliharaan kesayangan tidaklah semudah itu, disebabkan kemungkinan sebelum ini dia tidak pernah tinggal di dalam rumah sepanjang hidupnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @conejo_elgato on

conejo_elgato/Instagram

“Kami perlu menyembuhkan luka-luka yang banyak terdapat di badannya terlebih dahulu. Kami tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh penganiayaan manusia atau kerana dia sering bergaduh dengan haiwan jalanan lain,” kata Tania.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @conejo_elgato on

conejo_elgato/Instagram

“Dia membiarkan dirinya dibelai dan didakap, tetapi wajahnya sangat sedih dan takut sepanjang masa, seperti mana sebelum kehadirannya di rumah kami,” tambah Tania lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @conejo_elgato on

conejo_elgato/Instagram

Trauma dan kisah silam Conejo di jalanan mungkin agak menyedihkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @conejo_elgato on

conejo_elgato/Instagram

Namun, syukurlah Conejo kini telah menjadi kucing peliharaan yang akan lebih gembira dan bahagia kerana diberi kasih sayang, dan dia tidak perlu lagi berkeliaran di jalanan meminta simpati orang ramai untuk mendapatkan makanannya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular