Apabila anda memandang tuan punya haiwan peliharaan berjalan bersama anjing dan kucing, maka ia adalah perkara biasa. Tetapi jarang-jarang sekali seorang pemilik dengan selamba berjalan santai bersama haiwan peliharaannya yang sangat lembut dan tidak berpeluang menjadi lincah iaitu seekor kura-kura.

Seorang netizen sedang menunggu bas di stesen hentian apabila terserempak dengan seorang wanita yang sedang memegang tali tambat membawa haiwan peliharaannya dan dia pula berjalan dengan sangat perlahan.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat haiwan itu, seekor kura-kura yang dipakaikan seluar putih bayi berbintik oren dan hijau muda yang comel sedang dibawa bersiar-siar dalam ‘aksi gerak perlahan’.

Pemilik sengaja membawa kura-kura ini berjalan di bawah sinaran matahari dan cuaca nyaman musim bunga.

Dan dia tidak perlu tergesa-gesa untuk berjalan kerana kura-kura tidak tahu caranya untuk berjalan secara tergesa-gesa, maka nikmati sahaja keindahan hari itu.

Melihat perjalanan kedua-dua pemilik dan haiwan peliharaan ini secara gerak perlahan semula jadi boleh jadi agak mendamaikan, atau barangkali melucukan.

Gambar yang dirakamkan di satu lokasi di Hong Kong ini telah dimuat naik di laman Facebook, dan mendapat perhatian netizen yang menulis :

“Saya melihat haiwan peliharaan kura-kura dibawa berjalan buat pertama kali.”

“Ia sangat melucukan.”

“Kura-kura siap dipakaikan seluar kecil bayi.”

Seorang netizen menulis, dia sudah biasa melihat pemilik ini membawa kura-kuranya itu bersiar-siar di jalanan, dan ramai orang lain juga sudah terbiasa terserempak dengannya.

Pemilik tidak mengejar masa sambil berjalan beriringan membawa kura-kura yang memakai seluar kecil comel untuk menikmati keindahan alam.

Nampak melucukan atau tentu sahaja pelik, tetapi tidak mengapalah janji pemiliknya bahagia.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular