LONDON – Selepas menjalani rawatan selama tiga minggu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dilaporkan pulih daripada Virus Parti Komunis China (COVID-19) dan kembali bertugas.

Sebelum itu, Johnson telah disahkan dijangkiti Virus PKC (COVID-19) pada akhir Mac dan kemudian dimasukkan ke Hospital St Thomas pada 5 April lalu dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari berikutnya.

Johnson difahamkan berada satu minggu di hospital dan dua minggu selebihnya di kediaman rasminya. Namun wakil jurucakap negara enggan mendedahkan kedudukan beliau pada ketika ini.

Setakat ini, United Kingdom telah mencatatkan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 20,732 dengan 413 kematian direkodkan pada Ahad (26 April).

Jumlah berkenaan merupakan kenaikan kematian terendah yang dilaporkan di Britain sejak 31 Mac manakala angka individu yang positif pula meningkat 4,000 kes menjadikan jumlah 20,732 secara keseluruhannya.

Menurut sumber pihak kerajaan, Johnson berasa tidak sabar untuk mula bekerja dan akan bertemu dengan Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock selain dijadual untuk mempengerusikan taklmat harian mengenai Virus PKC (COVID-19).

Sebaik memulakan semula tugasnya, beliau dijangka bergelut dengan isu sama ada untuk melonggarkan sekatan memandangkan jangkitan dan kemasukan ke hospital menunjukkan penurunan.

Beliau yang kembali bekerja dengan panggilan persidangan video dan pertemuan selama 3 jam dengan menteri utama, berhadapan tekanan daripada beberapa pihak dalam partinya ekoran isu kelonggaran sekatan.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular