Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia memperkenalkan peraturan baru di mana setiap penumpang bagi penerbangan domestik hanya dibenarkan membawa satu bagasi kabin tidak melebihi 7 kilogram bermula 29 April 2020.

Menurut laman sesawang rasmi AirAsia, dalam memastikan bahawa penumpang dapat menjaga penjarakan sosial bagi mengekang pandemik COVID-19, AirAsia mengubah peraturan bagasi kabin buat sementara iaitu daripada dua bagasi kabin dengan berat 7 kilogram, diganti kepada satu bagasi kabin kecil tidak melebihi berat 7 kilogram.

AirAsia.com/Paparan Skrin

Penumpang hanya dibenarkan membawa satu bagasi kabin di dalam pesawat, seperti beg komputer riba, beg tangan atau beg kecil, dengan syarat bagasi kabin dibenarkan tidak boleh melebihi 40 sentimeter tinggi, 30 sentimeter lebar dan 10 sentimeter panjang.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GAYA HIDUP

Video Popular