Bagi sesetengah orang yang pernah melalui episod duka dalam kamus percintaan, mereka lazimnya akan menjadi seorang yang sukar untuk kembali mempercayai terma ‘cinta sejati’. Bagi mereka, perkara itu tidak mudah berlaku kepada semua orang.

Tetapi, hari ini kami akan berkongsi dengan anda kisah cinta sejati yang dilalui sendiri oleh pelakon terkenal dari siri James Bond, iaitu Pierce Brosnan dan isterinya yang ditakdirkan bertemu antara satu sama lain setelah Pierce melalui episod duka dalam kehidupannya.

Polaris/East News / Polaris/East News  

Ramai yang masih belum mengetahui bahawa Keely, isteri dan kekasih hati Pierce kini sebenarnya adalah isteri keduanya selepas pelakon kacak itu kehilangan isteri pertamanya ketika beliau berumur 38 tahun.

Pierce pada mulanya telah mengahwini Cassandra Harris, seorang pelakon dari Australia, pada 1980 dan sepanjang perkahwinan mereka, mereka telah memutuskan untuk menjaga dua orang anak angkat iaitu Charlotte Emily dan Christopher sebelum mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki yang bernama Sean.

Malangnya, selepas 11 tahun menjalani bahtera perkahwinan, Cassandra telah meninggal dunia akibat kanser ovari. Bermula saat itu, Pierce memutuskan untuk memberi tumpuan pada kerjaya dan membesarkan anak-anaknya bersendirian.

piercebrosnanofficial/instagram / piercebrosnanofficial/instagram  

Bagaimanapun, pada 1994, Pierce telah bertemu dengan Keely di Mexico ketika Keely bertugas sebagai wartawan di sebuah pesta keramaian. Dan selepas itu, mereka telah jatuh cinta dan bersama sehingga Keely melahirkan dua orang anak.

Pada tahun yang sama dengan kelahiran anak kedua pasangan ini, mereka memutuskan untuk berkahwin, selepas 7 tahun bersama-sama.

piercebrosnanofficial/instagram / piercebrosnanofficial/instagram  

Namun, 20 tahun kemudian, Pierce sekali lagi terpaksa melalui detik sukar apabila anak perempuannya dari perkahwinan pertama, Charlotte telah meninggal dunia akibat penyakit kanser.

Walaupun Pierce telah mengharungi pelbagai rintangan, namun Pierce tidak sekali-kali berputus asa kerana menurutnya, Keely telah beberapa kali menyelamatkannya dari tekanan mental, dan menyatakan bahawa Keely adalah satu “kekuatan yang saya tidak akan mungkin mampu hidup tanpanya.”

Tom Belcher/Capital Pictures/EAST NEWS  

Walaupun Keely merupakan suri hati yang kedua dalam hidup Pierce, namun menurut Pierce, Keely selalu mendorongnya untuk mengingati Cassandra, isteri pertamanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pierce Brosnan (@piercebrosnanofficial) on

Pierce Brosnan/Instagram

Kini, setelah 26 tahun berkahwin, pasangan yang manis ini masih lagi sama seperti pasangan yang baru bercinta. Mana tidaknya, Pierce selalu memuat naik gambar comel kekasih hatinya itu di laman sosial dan paparazi juga selalu menangkap gambar pasangan ini bermesraan di tepi pantai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pierce Brosnan (@piercebrosnanofficial) on

Pierce Brosnan/Instagram

Dan selepas berpuluh tahun bersama, Pierce mengakui bahawa dia masih lagi berasa teruja apabila melihat suri hatinya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pierce Brosnan (@piercebrosnanofficial) on

Pierce Brosnan/Instagram

Pada hari ulang tahun mereka yang ke 26, Pierce telah berkongsi gambar mereka berdua dan menulis: “Kekasihku Keely, terima kasih kerana telah memberi cinta dan keindahan dalam hidupku, kerana telah menjadikan 26 tahun ini yang terbaik dalam hidupku…”

Maybe you're interested :

Share

Video Popular