Dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, dapat dilihat bahawa perkhidmatan penghantaran makanan semakin mendapat sambutan kerana orang ramai tidak digalakkan untuk berkumpul di tempat awam.

Walaupun perkara ini adalah sesuatu yang baik untuk menjamin kelancaran sektor perniagaan, namun, penghargaan juga perlu diberikan kepada pekerja sektor perkhidmatan penghantaran makanan.

Low Kh/Facebook

Baru-baru ini, melalui sebuah kumpulan di laman Facebook, seorang pengguna (Low Kh) telah berkongsi sebuah kisah sedih yang melibatkan seorang penghantar makanan Food Panda yang terlibat dalam kemalangan kecil.

Menurut kiriman itu, penghantar makanan yang menunggang motosikal itu tergelincir kerana jalan yang terlalu licin akibat hujan lebat. Bagaimanapun, selepas tergelincir dan terjatuh, perkara pertama yang dipastikan olehnya adalah makanan pelanggannya kekal berada dalam kotak.

Low Kh/Facebook

Sayu hati membacanya, penghantar makanan itu tidak menghiraukan tentang dirinya langsung malah lebih mementingkan kepuasan pelanggannya.

“Saya harap dalam wabak ini, kita boleh bertimbang rasa dengan pekerja barisan hadapan ini. Sekiranya anda memesan makanan, tunggu mereka dengan lebih awal, jangan membatalkan pesanan atau tidak menjawab telefon hanya kerana anda perlu menunggu lama. Sesetengah orang mengatakan bahawa jika mereka terlalu lambat, mereka akan ditolak mata, dan disebabkan itu mereka perlu menunggang dengan laju. Mungkin anda boleh cuba untuk memahami hakikat kerjaya mereka terlebih dahulu. Mereka bekerja keras dan berhadapan dengan risiko. Terima kasih atas kerjasama anda, terima kasih. (Gambar oleh warganet pada hari hujan. Jalan raya licin pada hari hujan. Penghantar makanan ini tergelincir. Seseorang telah keluar dari kereta untuk membantunya bangun. Penghantar makanan itu bangun dan tidak peduli tentang dirinya. Dia memeriksa makanannya yang terjatuh sebelum mengambil telefon bimbitnya di atas jalan raya. Sedih ketika membacanya).”

Low Kh/Facebook

Dalam kiriman yang sama, pengirim turut menasihatkan orang ramai untuk memahami tugas getir yang perlu dihadapi oleh para penghantar makanan dan orang ramai diseru untuk menjaga reputasi para penghantar makanan yang telah berkorban dan berdepan dengan risiko tinggi dalam menghantar makanan kepada rakyat Malaysia yang kekal berada di rumah.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun mendapat lebih dari 15,000 perkongsian, lebih dari 10,000 reaksi dan 89 komen dari warganet yang turut menyeru orang ramai untuk menghormati pekerja penghantar makanan.

“Memang tidak mudah untuk berharap agar semua orang menghargai pekerja barisan hadapan, kerana semua orang mahu hidup!”

Low Kh/Facebook

“Hidup ini tidak mudah, bertimbang-rasalah sesama kita, jaga keselamatan di atas jalan raya untuk semua orang”

Low Kh/Facebook

“Sepatutnya kita bersyukur… Tanpa mereka kita tidak dapat merasa makanan itu sampai ke rumah kita dalam cuaca panas atau hujan. Kita dapat menikmatinya”

Low Kh/Facebook

Sememangnya, walaupun pekerjaan sebagai penghantar makanan kelihatan remeh, namun sebenarnya mereka adalah antara pekerja barisan hadapan yang sangat berjasa kepada semua.Mereka merisikokan kesihatan mereka demi kelangsungan hidup orang ramai. Maka, hargailah pengorbanan mereka.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular