Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media semalam mengingatkan penduduk di zon hijau COVID-19 untuk kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

Menurutnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mendapati bahawa kebanyakan penduduk di zon hijau mula mengambil mudah situasi COVID-19 selepas tiada kes baharu jangkitan dilaporkan di kawasan mereka.

Perkara ini ternyata membimbangkan pihak KKM kerana usaha memerangi wabak berkenaan masih giat dilaksanakan di negara ini.

“Kementerian Kesihatan khuatir masyarakat alpa lalu mengambil mudah nasihat yang dikeluarkan kerana memikirkan wabak ini hampir selesai.

“Hakikatnya, peperangan menentang musuh yang tidak kelihatan ini belum tiba ke penghujungnya.

“Virus COVID-19 adalah musuh kita bersama, namun harus diingat kelalaian dan sikap ambil mudah masyarakat adalah sekutu kepada virus ini,” katanya.

Oleh itu, beliau mengingatkan orang ramai termasuk semua penduduk di kawasan yang telah diisytiharkan sebagai zon hijau untuk tidak leka dan kekal mematuhi PKP yang dilaksanakan.

Sehingga tengah hari pada 25 April, dilaporkan sebanyak 66 kawasan di Malaysia telah dikategorikan sebagai zon hijau COVID-19.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular